SELEPAS APEX PULAK BARU BERSEDIA?



Meskipun tempoh dua tahun Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ialah Mei 2020 dan di waktu yang sama tarikh peralihan kuasa masih jadi tanda-tanya, kini satu lagi khabar angin muncul menjadi bualan ramai.
Sumber PH memberitahu, Tun Mahathir dikatakan hanya sedia berundur dan melakukan peralihan kuasa selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang dijadual diadakan di negara ini pada November 2020.
Kata sumber PH itu, adalah penting dan sesuatu yang bermaruah untuk Tun Mahathir menghadiri persidangan antarabangsa Apec 2020 yang turut akan dihadiri pemimpin dunia seperti Presiden Xi Jinping dari China.
”Walaupun ada sesetengah pihak berpendapat Perdana Menteri perlu menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim selepas dua tahun, namun ada pemimpin PH yang mempunyai pandangan lain.
“Ada yang berpendapat Tun Mahathir harus menjadi pemimpin pilihan rakyat pertama di dunia yang mempengerusikan mesyuarat APEC sebanyak dua kali.
“Keadaan itu akan membolehkan beliau menyerahkan jawatan dalam keadaan yang baik,” kata sumber itu lagi.
Apakah semua ini ada kaitan dengan kesediaan Tun Mahathir baru-baru yang terbuka agar soal peralihan kuasa dibincangkan dalam Majlis Presiden PH?
Dengan adanya alasan Apec 2020, apakah Tun Mahathir akan meminta Majlis Presiden PH agar sedia memberinya tempoh meneruskan tugas sehingga November 2020?
Kalau begitu, bilakah tarikh penyerahan jawatan kepada Anwar?
Disember 2020? Februari 2021?
Mei 2021?
Atau tarikhnya akan terus dianjak lagi selepas itu dengan alasan adanya persidangan antarabangsa yang lain pula? (ShahbudinHusin 30/10/2019)