Peruntukan agama Islam meningkat RM100 juta
Belanjawan 2020 adalah jawapan kepada sindiran dan cacian pembangkang dalam muafakat nasional kononnya ketrajaan Pakatan Harapan anti Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, peningkatan RM100 juta peruntukan untuk agama Islam membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap pengembangan ajaran agama itu.
“Saya amat berterima kasih kerana peruntukan pentadbiran Islam meningkat lagi sekali secara konsisten daripada RM1.2 bilion pada 2019 kepada RM1.3 bilion
“Ini melambangkan keprihatinan untuk kita memastikan kelestarian pentadbiran Islam dalam melihat kerangka menyeluruh Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan selepas pembentangan belanjawan di Parlimen semalam.
Dalam pada itu, Mujahid turut memaklumkan penambahan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebanyak RM100, termasuk penghargaan jasa sebanyak RM500 kepada imam dan bilal masjid serta Tok Siak secara “one off” .
Selain itu, RM10 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan dasar “Rahmatan Lil Alamin” dan maqasid syariah oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), selain penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI).
Semasa pembentangan belanjawan petang tadi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan terus menegakkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.