NAK LAWAN DAP TAK BERANI KAH?



Baca harakah tadi kenyataan Tuan Ibrahim, Kerajaan patut haramkan DAP atas kontroversi kebalakangan ini, iaiitu kaitan dengan komik, LTTE dan Kristian.. Begitulah kenyataan kelompok Ashabiyah yang tidak pernah cermin diri sendiri..

Kalau DAP patut diharam atas semua termasuk dalam kaitan LTTE yang belum dibuktikan, maka PAS lebih aula di Haramkan, PAS dah terbukti melakukan pemberontakan, Dan Pembunuhan keatas Anggota Polis dalam Kes Memali dan Almaunah.. 

PAS juga terbukti dari lidah presidennya lahirnya Amanat Haji Hadi yg difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa, Malah telah dibuktikan di dalam Mahkamah, malah ada bukti jelas ia punca berlaku pemberontakan di memali,Kerana Ketaksuban kepada amanat haji hadi..

 Tertuduh dalam kes Al-Maunah yang dituduhkan memerangi YDP Agong juga majoritnya ahli PAS..antara yg ditahan ISA atas kaitan dengan Almaunah, Hari ini adalah menjadi kepimpinan utama dan Ulama rujukan PAS..

PAS juga telah terbukti menyertai gerakan Daesh dan Pemberontakan, bukan hanya bergambar dengan senjata.. malah terus mengangkat senjata menyertai DAESH.. Samada dengan kumpulan Mujahidin di Afganistan, dan juga penyertaan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS kedah, ustaz Ahmad Lotfi yang mati memberontak Di Syria..

Jadi sebelum nak tuduh kat orang.. Cerminlah diri sendiri tu dulu wahai Tuan Ibrahim..Terdesak sangat kah ? apakah ini reaksi dan ketakutan akan berlakunya transisi kepimpinan Negara kepada Ds Anwar Ibrahim yang akan terus menghancurkan sisa dan nya politik PAS..

Merujuk perkembangan Di Indonesia, Jokowi telah mempelawa Prabowo meninggalkan kelompok Takfiri untuk membina kembali Negara Indonesia.., Dikalangan parti agama PKS yg menyemai kebencian... InsyaAllah, Bila Ds Anwar jadi PM nanti situasi yg sama akan berlaku, bukannya DAP, PAS dan puak Takfiri yang akan Ditinggalkan.. Percaya lah... 

Menghapuskan Kelompok Takfiri dan Kahwarij itu lebih utama sebelum membina tamadun islam, Itu proses yg berlaku di Timur tengah terutama di Syria berlaku rundingan antara Erdogan dan Putin, Turki dan Russia menhapuskan gangguan kelompok takfiri, begitu juga di Indonesia...

Tanda tanda PAS meracau kebelakangan ini semakin kelihatan setelah beberapa rencana mereka gagal, yg terakhir dalam himpunan kongress maruah melayu.. :)

Ipohmali