Jujurkah Pas perjuangankan Islam?
1. Di lihat dari segi perjalanan politik pas, mereka telah bekerja sama dengan kesemua parti. Semasa UMNO menjadi musuh politik mereka maka UMNO dan gabungan nya di cop sebagai kafir. UMNO di gambar kan parti yang tidak mahu islam. Kerjasama UMNO dengan MCA di gambarkan sebagai daging babi di goreng bersama dengan daging lembu – bagi menunjukkan kerjasama UMNO dengan parti komponen lain bukan islam itu adalah haram.
2. Di sebab kan dasar pas adalah Islam maka pemimpin-pemimpin PAS akan mengguna kan hokum hakam agama untuk menyerang musuh mereka. Parti UMNo pernah di kata kan kafir kerana mengekal kan perlembagaan penjajah. Umno juga pernah di label sebagai munafik dan pelbagai lagi label agama.
3. Apabila mereka mula bekerjasama dengan DAP maka dalil-dalil memboleh kan kerjasama dengan DAP akan di keluar kan di terang kan kepada pengikut mereka mengikut tafsiran mereka. Biasa nya dalil dalil ini akan memihak pada mereka bagi mencapai objektif untuk bekerja sama dengan DAP.
4. Apabila mereka mula baik dengan UMNO maka isu hudud di main kan bagi memasti kan DAP keluar dari pakatan rakyat. Maka di bentang lah hudud atau RUU355 beberapa kali tapi setakat bentang sahaja dan tidak lebih dari itu. Permainan nya adalah untuk membuat provokasi terhadap DAP supaya mereka melatah. Pas hanya mengutuk DAP dan mengambarkan DAP anti hudud sedang kan MCA, MIC dan parti komponen lain juga tidak setuju dengan RUU355 tersebut. Kita sudah boleh membaca sebenar nya RUU355 ini adalah wayang PAS dan UMNO bagi memecah belak kan pakatan Rakyat sebelum PRU14. Ramai yang mengata kan PAS dan UMNO sebenar nya menjalin kan kerjasama di belakang tabir tetapi pemimpin-pemimpin PAS akan meloncat mengatakan ianya fitnah.
5. Setelah projek 3 penjuru UMNO dan PAS gagal maka mereka tidak ada jalan lain melain kan bekerja sama setelah UMNO dan PAS kalah dalam PRU14 tahun lalu. Hubungan intim mereka tidak lagi boleh di sorok dan harus di tunjuk kan agar walaun dan walauntit di peringkat bawahan menerima hubungan ini.
6. Apabila hubungan UMNO dan PAS ini dapat di terima oleh walaun dan walauntit maka hubungan secara rasmi atau pernikahan rasmi terpaksa di langsung kan di PWTC dengan menandatangani Piagam Ummah. Ini semua sebenar nya adalah persiapan untuk menghadapi pru15 dengan membawa strategi satu lawan satu setelah strategi tiga penjuru tidak menjadi seperti yang di kata kan oleh Najib.
7. Proses ini akan terus berjalan dan kerjasama ini akan kemudian nya memasuk kan parti kompenen bukan islam ke pangkuan perpaduan Ummah dan mungkin di tukar kepada perpaduan nasional. Jika tidak pun, PAS akan mengeluar kan dalil dalil nya ummah ini bukan berlegar sekitar UMNO dan PAS sahaja tetapi untuk parti-parti lain yang mempunyai perjuangan untuk mengalah kan PH. Tujuan kerjasama ini adalah untuk tujuan politik dan bukan nya atas dasar Islam tetapi lebih kepada politik untuk merangkul kuasa. Adakah PAS akan terus memperjuang kan hudud nya atau RUU nya selepas perpaduan Ummah ini di meterai. Maka dalil lain akan di keluar kan seperti dalil PAS bila bekerjasama atau berada di dalam komponen Pakatan Rakyat dengan mengguna kan Bahasa arab yang bermakna kerjasama.
8. Bila PAS berada di perpaduan UMMah nanti, hudud dan RUU mungkin akan di kata kan di tangguh kan atau yang penting harus di dahulu kan. Tetapi semasa RUU355 ingin di buat maka pemimpin yang sama kata tidak boleh di tangguh kan. Maka mana mana yang menyuruh tangguh akan di kata kan munafik, jebon dan kalau mati boleh di tanam di jirat cina.
9. Semua yang di buat oleh PAS dengan baik dengan Pakatan Rakyat atau baik dengan UMNO atau baik dengan DAP dan kemudian nya memusuhi DAP atau dengan MCA adalah di buat atas perkiraan untuk merebut kuasa.
10. Secara ringkas nya PAS hanya lah parti politik tidak lebih dari itu yang menggunakan dalil dalil yang memihak pada mereka apabila mereka berbaik atau memusuhi parti lain. Dalil dalil juga di guna kan untuk hudud boleh di tangguh kan, di dahulukan atau pun di senyap kan untuk sesuatu masa. Buat masa ini isu hudud atau RUU355 ini di senyap kan agar kerjasama dengan Umno dan parti bukan islam lain di kalangan pembangkang tidak melompat terkejut.
Haji Amirudin Hassan
Bekas Penyokong PAS