Biar pun perlahan, pembaharuan pilihan raya di landasan betul – Bersih
NGO pemantau hak asasi pilihan raya Malaysia Bersih 2.0 berpendapat kerajaan Pakatan Harapan dilandasan yang betul apabila berjaya menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun dan meluluskan pendaftaran secara automatik.
Langkah seterusnya menurut Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann ialah mendidik generasi muda agar celik politik dan menjadi pengundi yang berhemah
“Undi18 mempunyai implikasi luas kerana ia boleh menjadi pemangkin untuk memperkenalkan pendidikan sivik sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran pendidikan negara kita.
“(Pendidikan sivik) diharapkan tidak hanya mempersiapkan belia hari ini untuk pilihan raya tetapi juga rakyat agar lebih mengetahui hak, peranan dan tanggungjawab mereka,” katanya dipetik TMI
Umur minimum pengundi diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun, yang berpotensi memberi tambahan 7.5 juta pengundi bagi senarai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.
Fann juga memuji Putrajaya kerana membentuk Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya (ERC) yang akan mencadangkan perubahan selanjutnya untuk memperbaiki pilihan raya.
“Tetapi kita perlu menunggu sehingga Ogos 2020 untuk mengetahui sama ada cadangan itu signifikan dan sama ada PH mempunyai kehendak politik untuk melaksanakannya.
“Pelantikan anggota baru Pesuruhjaya Pilihan Raya di bawah pengerusinya Azhar Harun juga membuahkan hasil dalam inisiatif untuk membaik pulih pilihan raya ketika pilihan raya kecil setakat ini.”
Bagaimanapun, Bersih 2.0 bimbang Putrajaya tidak meminda undang-undang yang akan menjadikan badan seperti Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Jabatan Audit Negara menjadi benar-benar bebas.
“Keutamaan paling utama PH dalam beberapa sidang Parlimen akan datang adalah untuk meneruskan pembaharuan yang akan menjadikan semua institusi ini jenteran yang efektif bagi semak dan imbang kepada kerajaan.
“Kemajuan yang dilakukan PH terhadap reformasi pilihan raya dan institusi berada di landasan yang betul tetapi progresnya sangat perlahan,” kata Fann,” katanya lagi. – RF8 Media