WARDEN PUKUL WAN JI- ELOK LAPOR POLIS DAN HADAP HUKUMAN


Se eloknya laporan di buat dan tunggu sahaja tindakan dari pihak berwajib dan ketua jabatan. Ini dianggap ketertalaluan atau ada sikap berpolitik dendam barangkali. Oleh kerana warden itu bertindak tidak mengikut SOP, Wan ji seharusnya juga bertindak mengikut SOP.


“Saya cakap jujur, saya kena pukul. Ada seorang budak yang cakap loghat Kelantan, dia pakai baju warden, dia tanya nama saya, saya kata Wan Ji. Dia minta saya tanggalkan cermin mata, kemudian ‘bam bam’ 3 kali dia bagi.
“Saya tanya apa salah aku? Warden yang lain penuh sekeliling dan yang lain ada yang gelak saja, bukan hendak halang,” katanya dalam satu klip video selama 2 minit 55 saat di YouTube yang dipercayai dirakam ketika kuliahnya baru-baru ini.
Wan Ji berkata, beliau sudah memaklumkan insiden itu kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.



Jika diikutkan dari sudut tindakan warden penjara tersebut , beliau bukan sahaja boleh kehilangan pekerjaannnya , tetapi ,beliau juga seharusnya diambil tindakan oleh majikan.

Kita tidak mahu warden penjara bertindak sesuka hati dan kemungkinan juga ianya dipengaruhi oleh faktor fahaman politik yang berlainan . Ini adalah kerana baru baru ini Wan Ji pernah mencabar  ketua dewan ulamak Pas, dan kemudiannya darjah penipu "ulamak"  tersebut  terbongkar. Mungkin ada faktor berlainan fahaman politik, lalu ingin menunjukkan kuasa dan mangsa di pukul.

Tindakan warden penjara tersebut juga adalah diluar bidang dan tindakan beliau dianggap zalim dan mendatangkan kecederaan . Ini adalah kerana  tindakan mendatangkan kecederaan boleh didakwa dibawah kanun kesiksaan. bayangkan jika beliau melakukan tindakan tersebut, menyalahi peraturan sebagai warden penjara, luar dari SOP , mencemarkan jabatan penjara dan juga menjatuhkan maruah kerajaan baru.

Apa akan berlaku sekiranya setahun berda di penjara? Mungkin pelaku bebas menghina , mentertawa , melakukan berbagai lagi tindakan diluar batas kemanusiaan dan juga melanggar etika perkhidmatan awam.

"KATAKAN TIDAK KEPADA KEGANASAN"