PENANTIAN siapa pengganti Bibi Ramjani Ilias Khan berakhir apabila Wan Rahim Wan Abdullah diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019-2023 yang diadakan hari ini.
Wan Rahim yang juga Presiden Amanah Kelantan pada pengundian awal memperoleh sebanyak 25 undi mendahului Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz dengan 20 undi.
Bagaimanapun, pengundian semula terpaksa dilakukan kerana tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 2/3 untuk jawatan presiden.
Menerusi undian kedua, Wan Rahim memperoleh 28 undi dan Amril hanya mendapat 16 undi sekali gus memberi kemenangan kepada Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) itu.