Hanya penyokong klepto-teokrasi beria-ria mahu bersama UMNO





Image result for HADI UMNO


Hanya pendukung kleptokrasi dan klepto-teokrasi akan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa partinya tidak akan berkerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan DAP. 

“Soalan yang patut ditanyakan Zahid ialah siapakah yang mahu bekerjasama dengan sebuah parti yang diketuai oleh seorang presiden yang mencipta sejarah dikenakan 87 tuduhan jenayah berkaitan rasuah?

“Lebih-lebih lagi, siapa yang akan bekerjasama dengan sebuah gabungan politik yang mempunyai penasihat yang terlibat dengan skandal 1MDB, digelar kleptokrat dan menghadapi 42 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram?

“Jawapannya mudah – hanya penyokong kleptokrasi dan klepto-teokrasi!” ujar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini. 

Klepto-teokrasi adalah istilah yang digunakan Kit Siang bagi mengambarkan “doktrin politik di Malaysia yang menyalahguna Islam untuk menyokong rompakan, rasuah, tiada toleransi, ketaksuban, pembohongan dan penipuan”.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini, dilantik menjadi penasihat Barisan Nasional baru-baru ini. Ia dilihat pemerhati politik sebagai tindakan terdesak Najib untuk mengukuhkan kedudukannya dalam blok pembangkang itu