PIAGAM ATAU PAWAGAM?


Tamrin Tun Ghafar
Sabtu – 01/06/19
( 1 – 32 )
1. PIAGAM adalah Perlembagaan dan Dasar yang dimuktamadkan bersama yang melibatkan sesuatu dasar antara pihak-pihak tertentu.
2. Semua pihak yang menandatangani Piagam ini harus bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui.
3. PAWAGAM pula adalah ringkasan 3 perkataan , Panggung Wayang Gambar atau dalam bahasa Inggerisnya – cinema.
4. Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam tahun 622M bersamaan Tahun Pertama Hijrah merupakan Perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah dunia.
5. 10hb Januari 1920 menyaksikan satu lagi Piagam yang telah ditandatangani oleh negara – negara bersekutu yang telah menang peperangan dunia pertama dengan ujudnya The League of Nations yang kemudiannya dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau United Nations ( UN ).
6. Baru – baru ini suatu mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan khusus bagi menghalusi isi kandungan perjanjian yang bakal menyaksikan kerjasama antara UMNO dan PAS.
7. Bagi memberi ‘impak politik’ atau ‘political impact’ keatas perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua – dua parti tersebut maka UMNO mencadangkan perkataan PIAGAM itu digunapakai.
8. Salah satu terma yang dicadangkan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diserahkan kepada PAS untuk mentadbir – ini membawa erti UMNO TIDAK AKAN meletakan sebarang calun mereka bertanding di negeri – negeri tersebut.
9. Bagi timbalbalas, PAS akan menyokong kesemua calun UMNO dan BN yang lain termasuk MCA dan MIC di Kawasan DUN dan Parlimen yang tidak di tandingi PAS.
10. Dengan kerjasama ini UMNO khususnya percaya mereka pasti akan berjaya merampas Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke15 yang akan datang.
11. Jika rancangan mereka ini berjaya, maka pemimpin UMNO sama ada Zahid Hamidi atau Mohammad Hassan akan dipilih sebagai Perdana Menteri sementara Hadi Awang adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
12. Maasalahnya Zahid sedang berhadapan dengan 47 tindakan mahkamah dan sedang menunggu giliran untuk dibicarakan.
13. Kes RM10 juta yang di hantar ke London melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer TANPA memaklumkan Bank Negara Malaysia oleh Mat Hassan berkemungkin besar akan diketengahkan semula.
14. Selain mereka berdua ini, hamipr kesemua pemimpin UMNO termasuk Annuar Musa sedang dan akan diheret ke Mahkamah diatas berbagai kesalahan yang dilakukan semasa berkuasa dahulu.
15. UMNO sendiri sedang berhadapan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan atau
Registrar of Society
( ROS ) kerana melanggar Akta Pertubuhan itu sendiri.
16. Jika UMNO itu sendiri didapati telah melanggar undang – undang yang digubal semasa mereka memerintah dahulu, maka JANGAN ada suara – suara sumbang mengatakan Kerajaan hari ini zalim apabila tindakan termasuk mengharamkan UMNO oleh ROS dilakukan.
17. Sejak Hadi mengambil alih selepas Tok Guru Nik Aziz kembali ke pangkuan Illahi, berbagai – bagai isu berlaku.
18. Kepada ahli – ahli PAS totok yang pekak , bisu dan buta hati, mereka ini menggangap Hadi ini maksum seperti Nabi; segala apa yang di perkata dan dilakukan Hadi benar belaka walaupun sebenarnya salah.
19. Mereka ini terdiri dari spesis tidak sedar bahawa hidung mereka sedang ditarik seperti lembu.
20. Hadi terang – terang menipu mereka tentang beberapa pemimpin PAS TELAH menerima sogokan dari Najib yang menggunakan duit curi 1MDB – ini mengikut Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.
21. Pendedahan Zaharuddin, menantu beliau sendiri berhubung perkara yang sama.
22. Pembayaran RM1.4 juta oleh penganut tegar PAS , Ramlii Musa kepada Clare dari Sarawak Report sedangkan Hadilah yang menyaman malu Clare di London.
23. Kenyataan Ketua Pengarah ROS amat jelas bahawa mana – mana parti jika terbukti mendapat bantuan dari sumber haram maka ia boleh diharamkan.
24. Jika ROS membatalkan pendaftaran UMNO dan PAS maka PIAGAM yang bakal ditandatangani akan bertukar menjadi PAWAGAM sahaja.
25. Pesan Tok Guru Nik Aziz , UMNO AKAN CARI KITA ( PAS ) APABILA LEMAH; MEREKA AKAN TENDANG KITA APABILA KUAT.
26. Biarlah ahli – ahli PAS yang walak terus dicucuk hidung dan pemakan dedak UMNO mati kelaparan asalkan majoriti rakyat tidak turut tertipu.
27. Apa pun yang AMAT PENTING, dengan termetrinya nanti perjanjian kerjasama ini, ia adalah bukti kukuh bahawa AMANAT HADI yang pernah dibuat pada 17hb April 1981 adalah satu pembohongan Hadi semata – mata bagi meraih sokongan umat Melayu / Islam terhadap PAS.
28. Hadi dan PAS akhirnya terpaksa menjilat ludah dan kahaknya sendiri apabila menerima UMNO yang pernah dikafirkan dahulu.
29. Perjanjian kerjasama antara 2 musuh ketat ini adalah PENGIKTIRAFAN dan KEMENANGAN BESAR BAGI UMNO.
30. Sama – sama kita tonton cerita ‘Ali Baba dan 40 Penyamun’ di PAWAGAM nanti.
31. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
32. Maaf jika terkasar bahasa.
Terima Kasih.