Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dikatakan akan mengadakan satu perjumpaan sulit dengan para pemimpin PKR yang merupakan penyokongnya pada malam Ahad ini.
Perjumpaan pada malam 30 Jun itu dilaporkan akan diadakan kediaman menteri berkenaan di Putrajaya.
Pada hari yang sama juga Azmin akan mengadakan jamuan rumah terbuka di kediamannya, sebelum pada lewat malamnya beliau akan berlepas ke luar negara untuk lawatan rasmi.
Dikatakan sebelum beliau berlepas ke luar negara itu, satu mesyuarat atau perjumpaan sulit akan diadakan bersama para penyokong kuatnya.
Beberapa pemimpin PKR yang diketahui merupakan penyokongnya telah maklum mengenai perjumpaan tersebut serta mengesahkan kehadiran masing-masing.
Malah, seorang pemimpin kanan PKR yang berjawatan menteri telah membatalkan kehadiran dalam sebuah program di Terengganu pada 30 Jun itu semata-mata untuk menghadiri perjumpaan yang diadakan di kediaman Azmin.
Secara langsung ini bermakna perjumpaan yang dipanggil Azmin sebelum beliau berlepas ke luar negara itu amat-amat penting dan mustahil serta tidak boleh diuzurkan.
Apakah agenda yang mahu Azmin bentangkan dalam perjumpaan sulit itu?
Adakah beliau mahu para penyokongnya terus bertahan dan melawan berhubung isu penyebaran video seks sejenis yang didakwa melibatkannya dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz?
Atau mungkinkah perjumpaan itu merupakan medan untuk Azmin meninggalkan pesanan terakhir sebelum beliau meletakkan jawatan?
Segala-galanya tampak tidak pasti sehingga ini kerana beberapa pihak yang dirisik mengenai perjumpaan itu sendiri tidak tahu tujuan sebenarnya.
Mereka dikatakan hanya diberikan jemputan agar menghadiri perjumpaan itu dengan kehadiran adalah sangat mustahak.
Sementara itu, dalam perkembangam berkaitan, Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri dilaporkan sudah pun dimaklumkan oleh pihak polis berhubung siasatan awal berkenaan isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin itu.
Ada juga laporan lain mengatakan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 turut sama dimaklumkan oleh pihak polis berhubung siasatan polis itu.
Bagaimanapun sehingga ini belum diketahui bilakah hasil siasatan itu akan diumumkan secara rasmi oleh pihak polis.
Dalam hal ini, adakah perjumpaan yang dipanggil oleh Azmin pada pada 30 Jun itu ada kaitan dengan hasil siasatan polis itu? (Shahbudindotcom 28/06/2019)