POLITIK PERKAUMAM DAN AGAMA TIDAK DITERIMA

Pada PRK kali ini, DAP berjaya menambah majoriti kemenangan iaitu sebanyak 1,423 undi berbanding 10,098 majoriti undi PRU-14 lalu..

Walaupun UMNO dan PAS berkempen dengan menggunakan sentimen kaum dan agama, DAP berjaya merampas PDM Sim Sim dan PDM Pulau Berhala, iaitu kawasan majoriti muslim dan kawasan yang DAP kalah pada PRU lalu sekaligus memenangi semua PDM di Sandakan..
Semenanjung kena belajar dari Sabah kempen bebas sentimen melampau agama dan kaum.. Rakyat Sabah menilai calon/parti dari kemampuan ia memimpin serta membantu rakyat dan bukannya kerana suatu kaum atau agama semata..

Ternyata sentimen agama melampau yang dibawa PAS serta sentimen kaum yang melampau yang dibawa Bossku UMNO tidak diterima pakai di Sabah dan BN serta sekutunya telah dibakul sampahkan di sini..