Pendedahan oleh Ustaz Zaharuddin mengenai kartel dedak dalam Pas telah membuka pekung bahawa parti tersebut bukanlah parti suci. Pendedahan sebelum ini berkaitan dengan wang 90 juta juga yang dikaitkan dengan wang umno yang diberikan kepada beberapa pimpinan Pas kini semakin terbukti kebenarannya.
selain kartel dedak yang didedahkan, kes 90 juta juga akan melibatkan sebahagian besar pimpinan Pas yang kini cuba berbaik baik dengan Umno malahan Hadi sendiri mengaku akan bergabung dengan Umno melawan PH...
Kata bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu pendedahannya berhubung "kartel dedak" suatu ketika dulu mendapat restu presiden parti terbabit.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, Zaharudin mendakwa kumpulan kartel terbabit mula menjalankan usaha menghasut bapa mentuanya sudah berjalan selepas dia membuat siri pendedahan mengenai isu berkenaan.
Bagaimanapun Zaharudin mendakwa maklumat yang disampaikan kepada Abdul Hadi ketika itu "separuh masak".
"Kartel waktu tu dah mula cucuk tok guru suruh hentikan FB saya. Macam biasa, bagi info (kepada Abdul Hadi) separuh masak, kata saya tembak sama sendiri dalam FB.
"Akhirnya saya bagi penjelasan sebab apa saya buat begitu. Dan tok guru restu dan saya tak tarik tulisan tu sampai sekarang," katanya melalui hantaran malam ini.
Isu "kartel dedak" bertambah panas hari ini apabila Zaharudin pagi tadi menyenaraikan secara simbolik lima watak utama yang didakwanya terbabit menerima wang daripada orang Umno.