Gatal berdebat lawan Anwar la
Abe Awang
Najib cabar Lim Kit Siang berdebat… Pada dasarnya Lim Kit Siang setuju bahkan dia yang sediakan tajuk…. Saya tak tahu tajuk apa, cuma baca respon Najib yang kata dia setuju dengan tajuk yang Kit Siang bagi tapi semolek-moleknya kena bincang juga hal-hal lain.
Baik…. Najib bekas Perdana Menteri dan bekas menteri Kewangan, Pertahanan, dan Pendidikan, bahkan pernah jadi Menteri Belia dan Sukan….. Lim Kit Siang tak pernah jadi menteri, bahkan jadi Ketua Menteri pun tak pernah… Cuma dia pernah jadi ketua pembangkang dalam parlimen, tapi itu dulu, sekarang Lim Kit Siang tidak ada apa-apa jawatan dalam DAP dan dalam kerajaan, kecuali jadi Ahli Parlimen biasa saja.
Soalnya kenapa Najib tiba-tiba cabar Lim Kit Siang berdebat….?
Betul, Najib sekarang pembangkang, dan dia bekas PM, tak salah dia nak cabar wakil kerajaan berdebat tentang isu politik dan ekonomi, tapi kenapa dia cabar Lim Kit Siang….?
Sebabnya cuma satu saja…. sebab LIm Kit Siang itu Cina dan mari dari parti DAP… Itu je.
Ingat, Najib pernah respon, pada dasarnya dia setuju atas tajuk yang dicadangkan Lim Kit Siang, tapi semolek-moleknya biar ada juga perbincangan tentang hal lain…… Faham apa maknanya…? Maknanya Najib akan gunakan majlis debat dengan Kit Siang itu untuk membangkikan sentimen perkauman habis-habisan…. Sebab itu dia cabar Lim Kit Siang berdebat.
Sebenarnya kalau Najib gatal batu pelir sangat nak debat, Lim Kit Siang bukan lawan dia… Nampak sangat dia ada agenda lain…. Lawan Najib ialah samada Anwar Ibrahim, atau Muhyidin Yasin, atau Mohd Sabu, baru kena gu lawan…. Sebab semuanya Melayu, dan satu level dengan Najib.
Kenapa Najib tak nak cabar orang Melayu PH untuk debat…? Sebab Najib bukan nak debat sangat, dia nak main sentimen perkauman je….. Balaci yang tukang atur program Najib sekarang ialah Lokman Lobak Adam…. Tahu saja lah Lobakman, pemikiran setaraf guru tadika Kemas je.
Bayangkan, media tunjukkan video Najib pergi shopping barang dapur kat Tesco, betapa ramainya orang yang kerumun Najib….. Jangan buat kerja bodoh lah…. Itu bukan spontan dan bukan kerja Najib pun… tolak troli dalam supermarket, beli beras usang, beli minyak masak cap kepala sawit, dia nak buat apa…? Ingat dia balik rumah suruh Rosmah masak ke…? Ingat Najib makan beras hancur 5% dan goreng pakai minyak sawit ke…? Tak ada lah, itu semua lakunan saja….. Sebab apa aku kata itu bukan spontan tapi hanya pretending…? Sebab 4-5 hari sebelum Najib pergi beli barang dapur, Lokman Adam sudah sebarkan dalam twitter dan dalam group-group whatsapp menyeru orang Melayu supaya datang beramai-ramai di pasaraya sekan-sekian jam sekan-sekian sebab Najib nak shopping…. ek eleh, Najib nak beli minyak cap buruh je pun.
Saya harap orang DAP tolong sampaikan permintaan saya ini kepada Lim Kit Siang, jangan layan Najib… Najib cuma nak provok isu perkauman…. Bagitahu Najib kalau nak debat, sila debat dengan orang Melayu, kalau nak debat dengan DAP jugak, sila hantar YB Tengku Zulpuri atau wakil rakyat Melayu yang lain….. Kalau tidak pun, debat saja dengan Mohd Sabu atau Anwar Ibrahim….. Dah galak sangat nak debat, pasal apa cuma berani cabar orang Cina saja…?