Pelaburan Taiwan, Singapura untuk PD – Anwar
Anwar Ibrahim malam tadi menambah satu lagi janji utama di Port Dickson bagi meningkatkan ekonomi di bandar pesisir pantai itu.
Bercakap di hadapan lebih 2,000 pengundi Cina malam tadi, bakal presiden PKR itu menjanjikan pelaburan Taiwan akan ditambah pada tiga lagi projek yang beliau umumkan sebelum ini.
Anwar turut berjanji akan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan termasuk pelaburan dari Singapura dan Taiwan seperti hotel bertaraf lima bintang dan program penerbangan, projek pendidikan dan pelan pelaburan ekonomi.
“Saya sudah senaraikan empat pelan dalam dua hari berkempen,” kata Anwar.
Bagaimanapun, beliau bimbang dengan butiran projek syarikat pelaburan Cina Taiwan dan berkata beliau akan dedahkan selepas ini dalam kempennya.
Katanya, generasi muda di Port Dickson berhijrah unuk mencari kerja dan katanya beliau akan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di bandar itu.
“Saya mahu mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi di Port Dickson agar orang muda boleh bekerja di sini,” kata Anwar diiringi sorakan hadirin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau juga mahu membersihkan pantai di Port Dickson dan membina lebih banyak infrastruktur bagi menarik pelancong.
“Kita mahu bersihkan pantai di sini. Kita mahu kawasan ini kelihatan cantik,” tambah Anwar.
Beliau juga mengulangi kenyataan uuang beliau perlu menang dengan majoriti besar agar mandatnya sebagai perdana menteri akan datang menjadi lebih kuat.
“Sekiranya saya menang sikit, saya akan malu. Rakyat akan cakap apa Anwar ni, menang hanya 200 undi nak jadi PM,” kata Anwar.
Pemimpin berusia 71 tahun itu juga meminta pengundi Cina agar meminta orang lain turut mengundi beliau pada PRK kali ini.
“Tolong beritahu rakan dan keluarga. Minta mereka undi. Saya mohon kepada semua orang di sini, setiap undian diambil kira,” kata Anwar.
Beliau akan menentang bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad, calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon bebas termasuk bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Kerusi Parlimen Port Dickson mempunyai 75.212 pengundi berdaftar, terdiri daripada 43% Melayu, 33% Cina dan 22% India