Anwar
Ibrahim menjelaskan bahawa Yang Di Pertuan Agong ke V Sultan Muhammad V selalau percaya bahawa
beliau tidak bersalah sejak dari
pertuduhan pertama yng dikenakan keatas nya .
Presiden PKR itu berkata demikian semasa perbualannya dengan Baginda Tuanku sendiri.' "Saya berterima kasih kepada Tuanku kerana melaksanakan Keadilan dengan tegas" katanya semasa dialog bersama dengan anak muda anjuran AIC di hotel Corus Kuala Lumpur.
Presiden PKR itu berkata demikian semasa perbualannya dengan Baginda Tuanku sendiri.' "Saya berterima kasih kepada Tuanku kerana melaksanakan Keadilan dengan tegas" katanya semasa dialog bersama dengan anak muda anjuran AIC di hotel Corus Kuala Lumpur.
Tambah beliau, “ Saya(Baginda) mengampun kan saudara
bukan kerana saya mempunyai kuasa ditangan semata mata , tetapi saya yakin
saudara tidak bersalah , dan saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Yang Di Pertuan Agong menghentikan
ketidakadilan keatas saudara sejak 1998
hingga 2018. “
“Anda semua
tahu apa respon saya terhadap titah Tuanku? Tuanku kenyataan ini sangat serius
dari Tuanku. Tuanku kini menyatakan bahawa, sistem
kehakiman , pendakwaan peguam negara , dan penyiasatan semuanya
telah dikompromi bagi mengenakan saya”.
Tunku pula
berkata “Ya, saya kata yang benar kepada saudara. Kalau saudara mahu , saudara
boleh beri ucapan (menceritakan perkara ini) malam ini juga (16 mei 2018), jelas Anwar pada hadirin
yang memenuhi setiap inci ruang dewan di hotel berkenaan.
Anwar
dibebaskan dengan pengampunan penuh tanpa sebarang rekod oleh Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pada
16 Mei lalu.
Pengampunan
ini bermaksud Anwar boleh terlibat secara langsung dalam politik sepenuh masa
dan kini bakal menjadi calon Pakatan Harapan dalam PRK P 132 Port Dickson daLam
masa terdekat.