SELAMAT PULANG PENAKUT

Image may contain: 3 people, people standing

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dijangka tiba petang ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Indonesia.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil  Ahmad.
"Jamal dijangka tiba pada jam 2.15 petang ini di KLIA.

"Kemudian Jamal akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan dihantar ke Indonesia bagi membawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos pulang.

Isnin lalu, Jamal telah ditahan Polis Indonesia pada jam 6.15 petang di Jakarta.

Pada 25 Mei lalu, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri sebelum disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Jamal yang juga merupakan Ketua Gerakan Baju Merah sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.