TEMERLOH- 12 Mei - Ahli Parlimen Temerloh meraikan petugas dan juga penyokong parti petang ini hingga ke malam.Majlis yang bermula dari jam 6 petang tadi berlanjutan hingga jam 9 malam ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan petugas dan penyokong yang telah memilih PH sebagai parti pilihan dan memenangi Parlimen Temerloh.
Majlis yang dihadiri hampir 200 orang terdiri dari pelbagai bangsa itu menyediakan makan kuih muih dan nasi untuk dinikmati para tetamu yang hadir.
En Osman dari Taman Bukit Cermin melunaskan niat beliau untuk mencukur rambut kerana PH memenangi kerusi Parlimen Temerloh.
En. Hasbullah juga turut membayar niat beliau kerana PH telah berjaya menawan kerusi Parlimen Temerloh
Mantan YB 2 Penggal Syed Hamid turut Hadir menyampaikan ucapan tahniah kepada Hj Annuar Tahir