PH tolak rundingan kerjasama dengan Pas
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara menolak sebarang hubungan kerjasama dengan Pas pada pilihan raya umum (PRU) ke 14.
“Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-14.
“(Sehubungan itu) Pakatan Harapan sedang merangka strategi (bersama parti komponen) untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU berkenaan,” kata kenyataan rasmi Majlis Presiden PH yang dikeluarkan pada 28 Ogos lalu.
Pendirian tersebut dinyatakan secara bersama oleh Pengerusi PH Tun Mahathir Mohamad; Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.