Mahathir ke Terengganu akan dedah isu berkaitan royalti minyak


Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan ke Terengganu memeberi  penerangan berkaitan anti kleptokrasi membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan turut mendedahkan isu membabitkan royalti minyak Terengganu.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah kehadiran Dr Mahathir ke negeri itu, susulan isu kontroversi antarabangsa 1MDB, yang bermula sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) itu perlukan satu penerangan khusus kepada rakyat Terengganu.
"Selepas 40 tahun lebih minyak dan gas ditemui di perairan Terengganu, negeri ini masih dikalangan empat negeri termiskin di Malaysia.
"Selain pupusnya hasil tangkapan laut untuk nelayan dan pembaziran meluas dari perbelanjaan besar negeri sebanyak RM2.2 billion setahun, Tun akan berada dikalangan rakyat Terengganu.
"Menyedari rakyat perlu pembelaan atas kehilangan kredibiliti Negara dan juga kehilangan kekayaan Negeri Terengganu dari hasil minyak dan gas,
"Beliau akan berkongsi maklumat dan pengalaman bagaimana Negara dan negeri Terengganu ini boleh di pulihkan kembali," ujarya dalam kenyataan.
Justeru Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu ini juga mengalukan kehadiran rakyat Terengganu dalam sesi penerangan Dr Mahathir itu dijangka akan diadakan pada 26 Ogos(Sabtu) di Pasar Chabang Tiga, Losong Kuala Terengganu.
Menurut Raja Bahrin lagi oleh kerana Dr Mahathir memerintah negara ini selama 22 tahun ketika menjawat perdana menteri Malaysia membawa kepada penjelajahan Dr Mahathir ke seluruh negara untuk memberikan penerangan berkaitan isu-isu kleptokrasi membabitkan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Di waktu Malaysia di tengah-tengah krisis kepercayaan di Negara sendiri dan juga di peringkat antarabangsa, rakyat amat dahagakan maklumat dari pemimpin pemimpin mereka.
"Mereka perlu mendengar suara-suara yang ada kewibawaan yang terbukti serta kredibiliti tempatan dan antarabangsa. Di antara tokoh tempatan yang terkenal diseluruh dunia adalah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-empat yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Memandangkan pilihanraya umum ke 14 makin hampir dan pengumuman Dauk Seri Najib ianya akan diadakan dalam waktu terdekat, ini mungkin peluang terakhir Tun Mahathir sempat bersama rakyat Terengganu.