"Beri peluang pihak polis lakukan soal siasatan sama ada kenyataan yang disebut Ahmad Husni itu melanggar OSA.
"Dalam hal ini Umno juga perlulah berlaku adil lakukan siasatan terlebih dahulu terhadap ucapan yang dibuat oleh Husni di dewan rakyat itu.
"Buat masa ini kita tidak pasti sama ada Ahmad Husni melanggr OSA atau tidak seperti yang disebutnya dalam sidang dewan itu kerana polis belum lagi lakukan siasatan mengenai hal ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan di buat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar yang dilaporkan berkata siasatan akan dilakukan pada hari ini (Isnin) terhadap tiga bekas menteri kabinet berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selain Ahmad Husni yang juga bekas menteri kewangan kedua, turut akan disoalsiat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebabnya, ujar Hamidah kalau diam (tiada tindakan disiplin diambil) maknanya adanya kebenaran apa yang dipersoalkan Ahmad Husni dan dari situ ujarnya, akan ada lagi yang akan buka mulut tentang 1MDB ini.
Menjelaskan lagi kenyataan Hamidah itu, ujar Abdul Rahman lagi, sekiranya hasil siasatan polis mendapati Ahmad Husni melanggar OSA sudah pasti ia ada kaitan dengan disiplin parti.
"Kalau sekiranya hasil siasatan polis didapati telah melanggar OSA, Lembaga Disiplin Umno perlu menyiasat adakah melanggar syarat-syarat dalam disiplin Umno pula," jelasnya.
Menurut beliau ia bukan persoalan sama ada tindakan itu diambil untuk "menutup mulut" daripada ahli parti bercakap soal 1MDB seperti yang dikatakan oleh Hamidah.
"Mubarak tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mubarak ikut apa sahaja dalam perundangan jika melanggar undang-undang OSA seperti apa yang disebut oleh Speaker (Tan Sri Pandikar Amin) dalam dewan kerana speaker mempunyai kuasa penuh tidak boleh dicabar mana-mana Yang Berhormat kerana speaker ada kerangka perundangannya sendiri, dia pun pengamal undang-undang, dia tahu apa yang dicakapkannya.
"Manakala hak kerajaan (polis) jika ada aduan mereka perlu siasat dan Lembaga Disiplin parti pula perlu jalankan siasatan dalaman sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Ahmad Husni atau mana-mana ahli lainnya yang didapati mendedahkan rahsia kerajaan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment