Jet mewah, Pas dicabar tegur Najib atau sedia dilabel 'berkawan' dengan BN

Apa macam MP PAS?.. Nik Abduh, Nasaruddin, dan lain lain....tak tegur kah isu ini???Atau anda tiada maklumat untuk mendedahkannya.


Rafizi dedah Rosmah salah guna kemudahan negaraRafizi dedah Rosmah salah guna kemudahan negara
PKR hari ini mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan jet mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Cabaran itu dikemukakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mahu melihat sama ada Pas akan mengotakan apa yang dilaungkan parti itu, kononnya bersedia menjadi "penasihat" kepada Umno BN.
"Saya harap kita dapat juga dengar maklum balas daripada Datuk Seri Hadi Awang sendiri.
"Saya mahu mendengar sama ada beliau akan menegur sendiri perdana menteri supaya menasihati isteri perdana menteri agar berhenti berbelanja dan bermewah seperti ini," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, ketidaksediaan Hadi menegur Najib hanya akan menjelaskan pendirian Pas kepada pengundi bahawa parti itu tidak berminat menegur BN dan tidak mahu mengangkat isu kepentingan rakyat.
Rafizi hari ini mendedahkan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi mewah yang disewa untuk ke Istanbul mewakili Permata.
Rosmah dikatakan menghadiri satu majlis di Istanbul untuk mewakili Permata menerima anugerah "3G Children Welfare Award".
Rosmah menaiki jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates.
Permata merupakan program yang dibiayai wang rakyat.
Rafizi berkata, disebabkan Rosmah mewakili Permata, timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.
Justeru beliau mahu Rosmah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perkara tersebut.
"Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
"Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan rersebut?
"Kenapa Rosmah sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini? soalnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Harapan di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Beliau juga menegaskan, ketika pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup yang menggunakan jet peribadi untuk satu perjalanan adalah sangat melampau dan tidak sensitif.