‘Rakyat Kedah tolak Bashah bukan kerana pendidikan’
Bekas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar berkata rakyat Kedah bukan menolak kepimpinan Ahmad Bashah sebagai MB baharu kerana pencapaian akedemik beliau rendah tetapi cara Mukhriz dijatuhkan.
“Rakyat Kedah bukan menyumpah seranah kerana soal pencapaian akademik MB baru atau kerana tidak berkelulusan Universiti.
“Rakyat mengutamakan pada diri seseorang pemimpin itu sikap amanah, integriti dan bijaksana
“Najib sebagai PM memiliki lulusan akademik yang lebih tinggi daripada Bashah tetapi tidak berintegriti.
“Isu YaPeim misalnya, bukan soal akademik Jamil Khir lebih rendah daripada Bashah. Dia memiliki kelulusan tinggi dalam bidang agama Islam, tetapi isunya ialah amanah, integriti dan bijaksana.
“Apa guna lulusan agama dipanggil Ustaz dan menaiki mimbar berkutbah Jumaat tetapi tidak beramanah Sebaliknya hanya mengotori agama Islam?” tanya Mahfuz dalam satu kenyataan.
Menurut Mahfuz lagi, rakyat melihat MB baru mengangkat sumpah dengan cara yang tidak beramanah dan berintegriti.
“Mukhriz yang punya prinsip berkata benar walaupun kepada Ketua akhirnya diguling oleh gerombolan perampas MB Kedah tajaan Putrajaya
“Apa yang dapat diharap kepada MB baru dan exco-exco yang bakal dilantik nanti kalau keberadaan mereka di situ hanya untuk menjadi lembu dicucuk hidung ?
“Dalam hal ini saya yakin bahawa Mukhriz masih punya sokongan rakyat Kedah yang memiliki ketinggian nilai harga diri dan akal budi,” akhirinya.