Tahniah Najib: Selesai hutang 1MDB dengan jual tanah ke China
Pembangkang sering dikatakan menjual negara, alat kuasa asing menjajah semula Malaysia dan tidak kurang ahli politik Pakatan Harapan yang didakwa kononnya agen negara asing.
Namun tindakan pentadbiran Najib membenarkan dan aset negara dijual kepada usahawan dari negara China bukankah pengkhianatan?
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengecam tindakan menjaul asset kepada kepentingana sing demi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad yang sepatutnya tidak wujud.
“Tahniah 1MDB dan tahniah Najib dalam tempoh enam bulan berjaya mengurangkan hutang sebanyak RM40 bilion melalui plan rasionalisasi. Kejayaan ini selepas pelbagai penafian awal dibuat oleh kerajaan tiada apa masalah yang dihadapi oleh 1MDB.
“Sudah tentu 30 juta rakyat Malaysia berbangga dan bergembira di ambang tahun baru 2016. Tentulah tepat detik 12.00 tengah malam seluruh rakyat bertempik sorak melangkah gagah ke tahun 2016 setelah bebas daripada beban hutang 1MDB dengan tindakan kerajaan BN menjual syarikat dan projek jana kuasa Edra Energi dan yang terbaru tanah projek Bandar Malaysia kepada syarikat yang ada kepentingan asing dari china.
“Saya teringat orang tua-tua dulu terpaksa bergolok bergadai jual tanah kebun dan dusun untuk kehidupan. Hari ini 1MDB milik kerajaan Umno BN yang hebat jual tanah bayar hutang untuk selamatkan Najib.
“Masa tubuh 1MDB sebagai syarikat pelaburan kononnya untuk bawa pulangan keuntungan kepada Negara dan rakyat. Kerajaan jual tanah pada 1MDB dengan harga murah untuk tujuan pembanggunan projek bandar Malaysia, sebaliknya 1MDB pula jual kepada syarikat lain yang ada kepentingan dengan negara China,” sindir Mahfuz.
Beliau menyelar tindakan kerajaan BN yang tidak amanah dan tidak langsung memikirkan kepentingan negara dalam menambah hutang.
“Perniagaan yang mudah, buat perniagaan dan pelaburan yang mengarut-mengarut dan buat hutang banyak-banyak kemudian jual harta untuk bayar hutang, selesai masalah!
“Inilah kehebatan kerajaan Umno Bn. Dulu, MAS bermasalah rugi. Nak buat untung jual banggunan dan jual kapal terbang dan sewa balik untuk operasi. Akhirnya tutup syarikat lama buka syarikat baru. Buang pekerja.
“Hebat Malaysia berniaga sampai tutup kedai dan jual tanah. Jangan pula lepas ni JUAL ORANG! Mari kita lihat siapa yang kena,” katanya lagi.