‘Rakyat Sabah tak marah Nurul, berhenti propaganda mengarut’
Rakyat Sabah tidak marah dengan insiden Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang dilihat bergambar bersama waris kesultanan Silu, Jacel Kiram, kata Naib Presiden KEADILAN, Ignatius Darrel Leiking.
Menurutnya, isu ini hanya diperbesarkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan karier beliau sebagai ahli politik yang berkaliber, ini hanyalah satu bahan baru untuk parti pemerintah.
“Rakyat Sabah tak marah dengan Izzah, tak anggap beliau sebagai pengkhianat, isu ini dibangkitkan oleh Umno-BN sahaja. Mereka yang bersungguh-sungguh memperbesarkan isu ini.
“Dengan apa yang berlaku ini menjadi pengajaran bagi Izzah dan juga yang lain, mungkin di masa akan datang lebih berhati-hati,” katanya dalam ucapan penggulunngan Kongres Nasional Tahunan Ke-11, di IDCC Shah Alam.
Sebelum ini, Adun Tunku, Datuk Mohd Suhaili Said menyatakan bahawa rakyat Sabah mrah dengan tindakan Izzah dan membuatkan rakyat negeri itu marah kerana mengingatkan mereka akan peristiwa yang berlaku di Sabah, dua tahu lalu.