3 Penjuru: PH Tak Perlu Hiraukan Azmin & PAS

Sebenarnya nak kata Azmin cakap untuk PAS tak juga.keluar dari mulut dia sahaja, dan syarat untuk Pakatan Harapan  ialah menentang sememangnya satu lawan satu. Pas takut kawasan mereka di Selangor hilang sebab ikut logiknya kawasan yang di menangi kebanyakkannya adalah pengundi kaum Tionghua. Macam PAS perasan kuat, tak sedar kemenangan adalah kebencian terhadap Umno/Bn . Jadi di Selangor pengundi PAS juga mengundi untuk dia di Selngor.Kali ini , belum tentu selamat di mana mana kerusi..Yang pastinya parti yang perasan kuat bakal quyub di Selangor...


AMANAH tidak pernah bersekongkol untuk menongkat UMNO BN sebagai pemerintah negara ini. AMANAH dihuni oleh ahli yang kesemuanya mahu menumbangkan Barisan Nasional.
Banyak persoalan apabila Umno bercita-cita untuk merampas Kelantan dari tangan Parti Agama. Ada yang menyalahkan AMANAH seolah-olah menjadi penyebab atau pencetus kepada azam Umno itu. Namun begitu umum tahu siapa yang sebenarnya menongkat Umno. Dari ucapan-ucapan pemimpin Parti Agama jelas bahawa Najib mesti dikekalkan untuk menjalankan tugas seterusnya. Jangan undi tidak percaya kepada Najib. Berkecuali dalam undian menolak Bajet 2016 dan yang menyedihkan Presiden Parti Agama sendiri ponteng ketika undian berlangsung (puiiiii). Berterusan menyerang AMANAH seolah-olah ahli parti itu keluar dari Islam dengan menuduh kafir, munafik dan sebagainya..

Semua luahan ini dapat kita dengar cakap-cakap rakyat bawahan bahawa Parti Agama tidak boleh diharap lagi untuk melawan Umno BN. Boleh kita katakan undi kepada Parti Agama seperti undi kepada BN.


“Sekurang-kurangnya perjanjian asas kita adalah untuk memastikan satu lawan satu. Itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 PKR pada Sabtu.

PRU-14: Pakatan Harapan sasar satu lawan satu 

Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding satu lawan satu sebagai strategi berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO.

“Sekurang-kurangnya perjanjian asas kita adalah untuk memastikan satu lawan satu. Itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 PKR pada Sabtu.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri baru-baru ini bahawa PKR tidak akan membenarkan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Pas pada PRU-14 nanti.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menambah, pihaknya yakin bahawa sasaran tersebut boleh dicapai walaupun pembangkang menghadapi masalah berhubung pengagihan kerusi.

“Kita sudah melalui proses ini banyak kali. Alhamudulillah. Ini semua perkara (pembahagian kerusi) yang kita boleh bincangkan..kalau kita letakkan kepentingan negara dan mengenepikan kepentingan parti dan individu.

“Saya percaya ia boleh diselesaikan dan dengan pemimpin yang ada pada hari ini sama ada dalam Keadilan, DAP, Pas dan Amanah, perkara ini boleh diselesaikan dalam masa yang sesuai,” jelasnya. -FMT


MINTA MAAF UNTUK AZMIN ALI!!!

Maaf Azmin Ali dan PKR. Pengundi bukan mengundi PR sebab sukakan parti dan calonnya. Tetapi sebab benci teramat kepada UMNO BN.

Maaf kepada Azmin Ali dan PKR. Kami akui pengorbanan Anwar sehingga terpenjara. Kami sempati. Tetapi Anwar juga bukan indikator penting untuk kami buat memilih PKR dalam pilihanraya.

Maaf Azmin Ali dan PKR. Anda nampak seronok bergantung kepada PAS. Tetapi kami sedar anda hanya pergunakan PAS. Perlu diingat (diantara) undi kami kepada PAS (dulu) bukanlah kerana keyakinan kepada dasar perjuangannya. Tetapi sebab tolak kami kepada UMNO BN. Bukan juga disebabkan lebih Islam dan Melayunya PAS. Tetapi tolak kami kepada politik perkauman.

Maaf Azmin Ali dan PKR. Undi kami kepada PKR bukan untuk mengaya dan menggula gulakan tokoh tokoh politik dengan jawatan di GLC, Institusi dan pelbagai lantikan politik. Sehingga semua boleh menjilat kamu.

Sehingga kekayaan harta zakat yang boleh dialihkan ke bahagian bahagian di negeri luar Selangor. Undi kami adalah untuk melihat lahirnya negeri yang berintegriti yang rakyatnya beroleh manfaat.

Maaf sekali lagi. Akan datang undi kami belum pasti untuk PKR. Tetapi yang 'pasti' undi kami tidak lagi untuk Azmin Ali dan kuncu-kuncunya.

Sekian.

Haji Azrin.
Ampang.


ULASAN GB 

Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan. 

Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan. 

Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti. 

Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan.. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya dan itu permulaaan kepada fenommena calon-calon PAS akan hilangt deposit di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang. 

BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Perjuangan sebenar PRU nanti ialah diantara BN da PH. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan dan/atau masih takut dengan PAS. PAS? Tinggal dia bersendirian atau suruh dia masuk UMNO BN!