MEDIA ORANG KAMPUNG
PORT DICKSON -
Susulan tersebarnya kes seorang wanita ditetak oleh suami dan rakannya,
ramai yang membuat andaian bahawa mangsa yang menjadi punca masalah
menyebabkan suaminya tergamak bertindak demikian.
Tampil seorang
saksi, Jay Alagan, yang mengakui mengenali mangsa dan keluarga menafikan
dakwaan itu dan mendedahkan perkara yang sebenarnya.
"Saya kenal
perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan
dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat
serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan
kepala," katanya.
Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya.
"Suami dia tidak
puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah
cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu
bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka
membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran
terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.
Terancam dengan
tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan
sudah sebanyak 5 laporan polis dibuat ke atas lelaki ini. Namun, polis
tidak pernah mengambil apa-apa ke atas lelaki itu dengan alasan bukti
tidak mencukupi.
"Sekarang, bila
mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak?" kata Jay yang
kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.
Bagaimanapun,
dia tidak berniat mahu menyalahkan polis. Dalam pada masa yang sama, Jay
turut meminta rakan-rakannya agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi
yang mengatakan mangsa yang mencetuskan masalah sehingga lelaki itu
berani mencederakannya.
"Ada segelintir
pengguna di media sosial yang membuat tuduhan liar yang cuba memburukkan
mangsa. Tetapi, tolonglah semua, jangan buat cerita yang bukan-bukan.
Saya sudah mengenali wanita ini semenjak dia berumur 5 tahun," katanya
yang turut meminta agar rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang akan
menjalani pembedahan hari ini cepat sembuh dan selamat. -
THEHYPEMEDIA.COM