MENGAPA PAS TIDAK SESUAI BERADA DI PAKATAN RAKYAT 2.0 - Hanifa Maidin
MENGAPA PAS TIDAK SESUAI BERADA DI PAKATAN RAKYAT 2.0.
1.
Saya dan rakan rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat gembira
dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam baru atas
nama Parti Amanah Negara sepertimana perutusan beliau dari penjara Sg
Buluh bertarikh 1 hb September 2015.
2.
Sudah tentu perutusan DSAI tersebut memberi suntikan baru kepada parti
islam baru yang kami tubuhkan ini kerana semua tahu DSAI adalah satu
figur dan nama besar dalam politik negara ini yang telah membawa satu
reformasi politik yang menakjubkan kepada rakyat negara ini sekaligus
berjaya mengubah lanskap politik negara ini.
3.Amat
malang kerana politik balas dendam,kotor dan jijik Barisan Nasional
rakyat dijauhkan secara fizikalnya dari DSAI bagi terus mengemudi
kebangkitan rakyat menumbangkan BN. Namun jiwa, semangat dan ruh
perjuangan beliau tidak mampu BN penjarakan dan ia terus menyalakan obor
perjuangan bagi menentang kebobrokan dan salah guna kuasa BN.
4.
Semasa kami berada dalam Pas dan semasa Pas masih berada dalam Pakatan
Rakyat ,kami tidak pernah sangsi dan ragu dengan kepimpinan DSAI
menerajui PR. Meskipun wujudnya elemen elemen tertentu dalam Pas dalam
waktu waktu tertentu cuba menyemai keraguan terhadap kepimpinan beliau
kami yakin keraguan itu tidak berasas sama sekali. Sejak Anwar
diperlakukan secara kejam dan brutal oleh rejim BN saya sendiri telah
menulis, berceramah, berforum ,berdemo dan melakukan banyak lagi perkara
bagi mempertahankan DSAI. Saya pohon dari Allah dari sifat riya' namun
sejarah boleh membuktikan di Parlimen banyak kali saya bersuara
menentang kezaliman Umno/BN ke atas DSAI hingga saya dan kawan kawan
digelar oleh parti sendiri sebagai Anwarinas dan pelbagai label lagi.
5.
Saya dan kawan kawan juga sanggup dilabel ,difitnah dan dicerca oleh
rakan rakan sejemaah atau parti sendiri kerana bersuara lantang
mempertahankan Anwar, sahabat sahabat PKR dan Dap demi menjaga
kelangsungan Pakatan Rakyat. Ianya berakhir dengan kami semua dinyahkan
secara hina daripada saf kepimpinan Pas dalam Muktamar Pas yang lalu.
6.Pokoknya
kami telah lakukan apa sahaja di dalam dan luar parti bagi
mempertahankan PR. Namun gelombang dalam Pas yang mahukan elemen elemen
dalan Pas yang pertahankan PR dinyahkan amat kuat dan malangnya disokong
oleh mereka yang duduk di kepimpinan tertinggi Pas sendiri.
7.
Apa yang boleh saya simpulkan bila kami mencetuskan Harapan Baru yang
mencetuskan pula Parti Amanah Negara ianya dilakukan atas penuh
kesedaran bahawa Pas, melalui pengalaman yang panjang dalam Pas, tidak
benar benar menghayati tahaluf siyasi dengan Dap dan Pkr dalan wadah PR .
Malahan Pas sebenarnya tidak begitu selesa kerana merasakan tidak dapat
atau mampu mendominasi PR. Sedangkan bagi kami, isu pendominasian tidak
seharusnya wujud dalam PR kerana "we are equal partners ( rakan kongsi
yang setara )
8.Ini
bermakna jika sekalipun Parti Amanah Rakyat tidak wujud dan andaikata
PR masih wujud antara Pas, Pkr dan Dap, kewujudan PR itu bukan sahaja
tidak akan memberi nilai tambah kepada PR dalam pilihanraya umum akan
datang malahan saya berani katakan PR akan reput dengan gaya dan stail
politik Pas dan kesannya rakyat bukan sahaja akan menghukum Pas ,malahan
Dap dan PKR juga akan dihukum bersama.
9.
Bertolak dari situ, kami percaya sekiranya PR baru atau Pakatan Rakyat
2.0 ingin diwujudkan semula , maka amat perlu parti parti yang membentuk
komposisi PR tersebut menghayati prinsip prinsip dan pendirian
pendirian bersama yang telah diputuskan secara konsensus. PR 2.0 mesti
memfokuskan kehendak rakyat bukan kehendak parti parti yang menganggotai
PR 2.0.Apa yang lebih penting segala keputusan yang diambil mestilah
dibuat secara konsensus dan tiada mana mana parti yang cuba mendominasi
PR tersebut.
10.
DSAI atas kebesaran jiwanya dan sikap keterbukaanynya menyeru supaya
permuafakatan politik yang baru hendaklah merangkumi PKR,DAP, Parti
Amanah Negara dan PAS. Meskipun semua tahu bagaimana sikap Pas terhadap
Anwar dan PKR seperti isu kerusi Dun Kota Damansara dan Dun Sg Acheh,
isu pelantikan MB Selangor,isu kritikan Presiden Pas atas Datin Seri Wan
Azizah , isu pemboikotan Pas piliihanraya kecil Permatang Pauh dan
banyak lagi,Anwar masih mampu menunjukkan jiwa besarnya terhadap Pas.
Malangnya Pas dalam program program tertutup masih terus menyalahkan
DSAI khususnya dalam isu Kajang Move.
11.
Apa pun, dengan penuh hormat kepada DSAI, saya dengan rendah diri
memohon berbeza pendapat dengan beliau dalam soal keperluan melibatkan
Pas dalam permuafakatan baru politik pembangkang.
12.
Saya tidak yakin permuafakatan politik baru yang melibatkan PKR, DAP ,
PARTI AMANAH NEGARA dan PAS akan wujud. Saya tidak pernah berdendam atau
benci dengan Pas , namun saya percaya kita harus realistik. Maka saya
penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS
dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 bagi menggantikan PR tidak
akan menguntungkan mana mana parti dalam PR 2.0 itu nanti. Bagi saya
dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan Pas yang ada
sekarang saya tidak rasa Pas adalah aset kepada PR 2.0. Gaya dan stail
politik Pas ,dengan penuh hormat, bukan gaya dan stail politik berkawan
sebaliknya ia stail politik " lone ranger". Kenyataan ramai pimpinan Pas
adalah jelas Pas tidak kisah menang atau kalah pilihanraya jadi
bagaimanakah nak ditubuhkan satu pakatan politik yang ingin memenangi
pilihanraya jika ada parti dalan komponen pakatan itu tidak kisah menang
atau kalah pilihanraya ?
13.
Saya juga tidak nampak bagaimanakah DAP boleh menerima keberadaan PAS
dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu. Saya juga tidak
nampak bagaimanakah pengundi pengundi bukan Islam boleh menyokong PR 2.0
jika Pas berada dalam PR 2.0 tersebut. Pendirian Pas dalam Bersih 4,
pada hemat saya,menjadi suatu testimoni baru kepada rakyat bukan Islam
untuk terus menolak Pas dan apakah jaminan mereka tidak akan menolak PR
2.0 jika Pas berada di dalamnya.
14
Ya ,benar PR 2.0 perlukan lonjakan beberapa peratus lagi undi melayu
bagi mendapat kuasa di Putrajaya atas andaian status quo pengundi bukan
Islam khususnya cina akan terus menyokong PR. Maka mungkin atas dasar
itu ada yang melihat Pas perlu dilibatkan dalam PR 2.0' kerana
tradisinya Pas disokong oleh orang melayu dan bertanding di banyak
kerusi bermajoriti orang melayu.
15.
Hakikatnya , Pas banyak menang di kerusi yang campuran kerusi melayu
dan bukan melayu kecuali di Negeri Kelantan.Di kerusi yang majoriti
orang melayu calon calon Pas masih sukar untuk menang. Justeru itu jika
Pas dilibatkan dalam PR 2.0 dan turut bertanding di kerusi yang jumlah
peratusan pengundi bukan melayunya agak substantif maka bukan sahaja di
atas kertas ia akan kalah kerana sikap pengundi bukan melayu yang jelas
ke atas Pas malahan yang lebih membimbangkan kerusi kerusi Dap dan PKR
juga akan menerima kesan yang besar melalui hukuman yang pengundi bukan
melayu kenakan kerana melibatkan Pas dalam PR 2.0
16.
Saya menyimpulkan Pakatan Rakyat atau PR 2.0 hanya viable jika Pas
tidak dilibatkan sebaliknya ianya hanya meliputi PKR, DAP dan Parti
Amanah Rakyat sahaja. Biarlah Pas dengan politik solonya dan tidak
diganggu untuk membawa agenda solonya secara solo .
17. Maaf DSAI dan sahabat sahabat PKR yang saya amat sayangi ,saya mohon berbeza pandangan .
MOHAMED HANIPA MAIDIN
PARTI AMANAH NEGARA
PARTI AMANAH NEGARA