Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad
Oleh kerana, kami adalah Dewan Pemuda PAS Kawasan di Negeri Perak yang telah menganjurkan Wacana baru-baru ini mengambil sikap jelas dengan sokongan terhadap calon-calon tersebut bagi meneruskan legasi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kami yakin mereka semua mampu menggalas tugas berat ini dan akan terus mempersada Pemuda PAS serta mengukuhkan kerjasama dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).
Ianya jelas sikap dan semua kenyataan seiring dengan pendirian parti dan keputusan Muktamar Tahunan PAS agar menjadikan PR sebagai satu pentas terutamanya di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) untuk berdepan antara satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
Kami berharap Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan lain juga boleh menerima aspirasi calon-calon tersebut dan menyokong mereka kelak. Wacana yang dianjurkan baru-baru ini jelas membuka ruang kepada semua calon untuk membawa idea dan buah fikiran agar Pemuda PAS lebih cemerlang di masa yang akan datang.
Dan Wacana tersebut bukan bertujuan mencari salah dan silap siapa, akan tetapi kita mencari titik pertemuan antara ketiga-tiga calon yang bertanding bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua yang manakah yang sesuai sebagai satu Pasukan dan akhirnya kami temui penama tersebut sememangnya secocok dan berwawasan tinggi untuk melihat Pemuda PAS lebih maju lagi!
SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad
KENYATAAN MEDIA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dengan ini mengisytiharkan akan menyokong penuh kepimpinan Suhaizan Kayat untuk kekal sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia pada 2 Jun 2015 ini nanti. Kami juga secara terbuka menyokong gandingan Suhaizan iaitu Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sebagai gandingannya bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, kami menyokong Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir iaitu Ustaz Nor Azman Mohamad bagi sesi tahun 2015 / 2017 ini.Oleh kerana, kami adalah Dewan Pemuda PAS Kawasan di Negeri Perak yang telah menganjurkan Wacana baru-baru ini mengambil sikap jelas dengan sokongan terhadap calon-calon tersebut bagi meneruskan legasi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kami yakin mereka semua mampu menggalas tugas berat ini dan akan terus mempersada Pemuda PAS serta mengukuhkan kerjasama dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).