Hanya imaginasi Hadi: Anwar tidak pernah setuju Kerajaan Perpaduan
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat biro politik PKR menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.
“Anwar atau mana-mana pimpinan parti tidak pernah bersetuju idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk Hadi semalam.
“PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS,” kenyataan itu dipetik.
Hadi semalam mendakwa idea kerajaan perpaduan pernah dipersetujui Anwar dan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Hadi, idea digagaskan sebenarnya meliputi penyatuan semua parti ke dalam parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis perlembagaan di Perak.
“Kita tak mahu lari menyertai BN. Biasanya sejarah ini tetap berulang. Sebab itu kita kemukakan unity government ini – semua parti dalam kerajaan.
“Ini dipersetujui bersama semua dalam satu pertemuan di antara saya, Anwar dan arwah mursyidul am kita.
“Kita bersetuju mengetengahkan perkara ini dan kita kemukakan kepada DAP. Tetapi malangnya, ia terbantut kerana Barisan Nasional (BN) tak boleh menerimanya,” kata Hadi pada program Bicara Harakah.
Menurut Rafizi, PKR tekal dalam usahanya menggantikan Umno sebagai kerajaan.
“Fokus PKR ialah membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah BN, apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.
“PKR percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah dan ini masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia,”
Hanya imaginasi Hadi: Anwar tidak pernah setuju Kerajaan Perpaduan
PKR hari ini menegaskan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah bersetuju bergabung bersama Umno seperti didakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat biro politik PKR menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.