AL HUSSEYN
Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun.
Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia
Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan.
Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak.
Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso.
Jenis tak ada kemaluan
punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah
yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya
telah menghubungi Azmin.
Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai...
Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama
YAB MB Selangor Azmin Ali.
Husam menulis dalam fesbooknya:
Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun.
Dari pagi semalam air
terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah
paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya
dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut
tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan
perabut atau kelengkapan rumah yang lain.
Untuk makluman pihak di
luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada
bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus
setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat
menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada
kawasan yang amat memerlukan.
Pagi ini sebaik
solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira
dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan
sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi
Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan
meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat
ini.
Saya juga gembira
apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang
kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk
urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan
sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934.
Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir.
Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK.
Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK.
Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan
kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya
dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya.
Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat.
Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can!
Husam Musa
Naib Presiden PAS9
ADUN Salor.
Jumaat, 7.42 am
26/12/2014