Shabudin hussein
Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.
Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.
Beberapa
kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus
dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak
beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan
telah terputus dengan negeri-negeri lain.
Melihat
keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir
yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk
beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal
tahun baru 2015 nanti.
Di
Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan
angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus
bertambah.
Meskipun
bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan
mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat
malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan
kali ini.
Selain
pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu
mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat ke
negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.
Tiada
kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri,
Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi,
Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap
berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang
berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita
ini?
Yang
nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim,
Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery
Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan
sama.
Ke
manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang?
Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang
bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas
bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu
melawat mangsa banjir di Pahang.
Majoriti
pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada
yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah
banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui
banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam
tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu
beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.
Soalnya,
apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka
mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang
antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?
Apakah
bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak
boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah
pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada
rakyat?
Sekadar
meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian
buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan
ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas
memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.
Inilah
masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan
mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di
luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?
Kepada
pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan
diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian
mereka di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga
mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan
datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. (SH 24/12/2014)