TERKINI!! Istana Umum Wan Azizah MB Pada November...
Menurut sumber, jika semuanya berjalan lancar, Datuk Seri Wan Azizah
Ismail dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Datuk Menteri Besar
Selangor yang baru pada bulan November yang akan datang.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan rundingan dengan
beberapa pihak yang rapat dengan Istana Selangor bagi menyakinkan Istana
untuk menerima perlantikan Wan Azizah disamping persidang DUN Selangor
yang akan diadakan pada bulan tersebut.
Berita ini sudah pasti melegakan rakyat Selangor dan penyokong Pakatan
Rakyat yang sudah bosan dengan krisis politik membabitkan jawatan
Menteri Besar negeri itu.
Selain itu, rizab kerajaan Selangor bernilai RM 3
billion itu tidak boleh lama-lama diletakkan di bawah tanggungjawab ADUN
Bebas, Khalid Ibrahim. Pakatan Rakyat sebagai kerajaan sah di Selangor
mesti mendapatkan hak ke atas rizab itu secepat mungkin.
Kita harap Khalid lebih bertanggungjawab dan tidak menyentuh rizab itu
sepanjang tempoh beberapa bulan ini kerana sebagai pemegang jawatan
sementara sebelum Menteri Besar baru dilantik, kuasa Khalid adalah
terhad kepada membuat keputusan kecil sahaja.
Lagipun, lebih panjang masa diambil untuk menyelesaikan krisis ini,
lebih teruklah imej Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin ulung kita.
Maklum sahaja, Najib umpamanya menyelesaikan krisis Menteri Besar
Terengganu dalam masa 3 hari, sedangkan Selangor masih belum ada petanda
akan selesai hingga sekarang.
Memang latar belakang krisis berbeza tapi yang rakyat nampak, Najib di
depan berbanding dengan Anwar dalam soal ini. Itu yang kita tidak mahu
berlaku.
sumber: Kerajaan pakatan rakyat
sumber: Kerajaan pakatan rakyat