Pendedahan: Presiden PAS Sokong Kerajaang Perpaduang dgn UMNO Atas Dasar Melayu
AKHIRNYAAA!!!!!!
Rupa2nya Dr. Zuhdi Marzuki hanyalah tukang sampai sahaja.
Masej wassap beliau tempoh harisebenarnya adalah berasal dari Presiden PAS sendiri.
Mesyuarat
AJK PAS Pusat hari ini menjadi bukti. Mereka yang hadzir menjadi saksi
di hadapan Allah dan para Malaikatul Muqarrabin.
Ia
bermula apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada Presiden adakah
benar perkhabaran Presiden dan SU Agung telah mengadakan pertemuan dgn
Azmin Ali.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. Kalau PKR boleh curi wakil2 rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama.
AJK
yang sama bertanya lagi apa isi kandungan perbincangan dgn Azmin.
Dijawab Azmin diajak masuk PAS bersama-sama dua atau tiga orang lagi
ADUN PKR.
AJK
yang sama menyambung pertanyaan kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan
Azmin dan 2 orang ADUN PKR bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak
mengadakan kerajaan?
Belum sempat Presiden menjawab dicelah oleh seorang AJK lain, adakah Presiden bersetuju untuk bekerja sama dengan UMNO.
Lantas Presiden menyatakan persetujuan malahan Presiden memberikan alsan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan.
Ertinya
Presiden PAS telah mengkonfirmasi kepada seluruh AJK PAS Pusat akan
sokongan terbuka beliau kepada Kerajaan Perpaduang UMNO-PAS.
Juga,
Presiden telah mendedahkan akidah Presiden yang terbaru yakni
nasionalisma Melayu. Dengan kata lain Presiden PAS telah pun menukar
aqidah beliau dari Islam yang syumul kepada Nasionalisma Melayu.
Apa2 pun penahahan surat sokongan kepada Wan Azizah adalah selari dgn kehendak UMNO dan BArisan Nasional serta Najib dan Rosmah.
Sila rujuk kepada mana2 AJK PAS Pusat yang hadzir dlm mesyuarat tersebut untuk konfirmasi.
Wala' kepada Presiden sekarang ini adalah wala' kepada ideologi kebangsaan Melayu.