LIVE-FROM UBAH TV

Teluk Intan: DAP mendahului dengan majoriti tipis
 
 
 
 
 
 
Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi. Ini lebih rendah daripada sasaran DAP sebanyak 70 peratus, yang diharapkan parti itu akan memberi kemenangan kepada calon muka barunya, Dyana Sofya Mohd Daud yang berdepan dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.
 Pada 2013, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan ialah 80.4 peratus. DAP menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 7,313 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka memulakan proses penjumlahan rasmi pada jam 6.30 petang di Dewan SM Abdul Rahman Talib.