APABILA AGAMA TIDAK DIBERI KEUTAMAAN BERBANDING PARTI RACIST






Umno Wilayah bangun membantah dengan mengancam akan membakar banggunan DAP kerana marahkan seorang ADUN DAP RNS Rayer yang menggelarkan Umno sebagai sebuah parti celaka.Tindakan itu mendatangkan perdebatan untuk Umno memohon maaf kepada dewan undangan negeri Pulau Pinang . Kenapa Ketua pembangkang Jahara Hamid yang memohon maaf dan mengakui ahli Umno menyerang dewan. Sehingga kini , rasanya inilah kali pertama sejak puluhan tahun sidang dewan undangan negeri Pulau Pinang di serang dan tidak ada sesiapa pun tertangkap dan didakwa sehingga saat ini.




Kesilapan kedua Umno selain menceroboh dewan yang mulia dalam institusi demokrasi ialah sikap mengutamakan parti selain ugama itu sendiri.Bukan semua Melayu menyokong perjuangan Umno , silapnya ialah Umno tewas dalam beberapa pilihanraya lalu dimana bermulanya kejatuhan Anwar ibrahim, Umno sudah hilang kekuatan dan  pilihanraya 1999 lalu menyasikan bahawa  umno demam tetapi tidak kebah.

Punca kekecohan sekarang ini bukanlah soal Umno itu dikatakan celaka.Sudah banyak kali sejak 1999, para pendokong Umno bukan sahaja mengatakan Pas parti ajaran sesat, Dap parti komunis, Pas sokong Komunis,PKR parti yang tidak ada haluan , malah berbagai lagi gelaran yang dikatakan. Namun , isunya ialah Umno itu semakin terdesak dan akan menjadi parti yang akan tumbang jika tidak dalam piliharaya ke 14, ianya akan tumbang juga. Tak perlulah dihuraikan kenapa Umno akan tumbang, kerana jika dilihat kepada insiden ahli parti  Umno yang menghalang kempen puteri DAP, dan aksi ketua pemuda Umno wilayah, hampir sama sahaja pemikirannya. Ini lah yang dikatakan aksi antara pemimpin dan ahli bawahan sama taraf pemikirannya.

  

 Tindakan Rayer ialah mengecam tindakan beberapa perhimpunan yang telah dibuat termasuk mengecam perhimpunan dan mengaitkan dengan agama. Itu yang dikatakan celaka. Setiap perhimpunan dikaitkan dengan agama. Ini lah salahnya Umno.Umno akan marah jika kaum Melayu dihina, tetapi tidak akan merasa tersentuh jika agama Islam diperlekekhkan mereka. Banyak contoh yang boleh diberikan jika ramai yang mengikuti perkembangan Umno dan agama Islam sendiri.Sebenarnya Umno bukan hanya diwakili kaum Melayu sahaja, malahan ianya meliputi kaum lain khasnya di Sabah.

 Ketegangan agama  ini dibangkitkan oleh beberapa insiden sejak beberapa minggu lalu oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang membuat kenyataan menghentam Cina, dan juga seminar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini di mana penceramah jemputan memperlekehkan Kristian.

Isma mengatatkan Cina Malaysia sebagai 'penceroboh', dan juga mengalu-alukan pelaksanaan hudud, atau kanun jenayah Islam dikenakan ke atas orang bukan Islam juga.
Kumpulan itu juga memberi amaran tentang ancaman Yahudi terhadap orang Melayu dan Islam di Malaysia. Semua peristiwa ini mendorong kepada berlakunya perbalahan dan kerajaan pimpinan Najib yang berdiam diri harus dipersalahkan.Siapa Yahudi yang akan mengancam Melayu jika pimpinan Umno membawa Obama ke Malaysia.

Musim pilihanraya kecil bermula dimana beberapa kerusi DAP  perlu diadakan iaitu di Jelutong dan juga di Teluk Intan. Kedua-dua kawasan ini tidak akan menunjukkan bahawa Bn akan menang dikeduanya. Pertamanya di Jelutong adalah kawasan Karpal Singh , manakala di Teluk Intan pula ialah kawasan dimana seorang anak muda Melayu dilantik sebagai wakil DAP dan ini menjadikan DAP bukan sebuah parti racist dimata masyarakat Malaysia.

Umno melihat ini sebagai satu ancaman kepada sevival politik Bn. Di Jelutong Bn tidak berani melatakkan calon baik dari MCA  atau pun Gerakan. Inilah menunjukkan Bn gelabah dan takut akan kehilangan maruah dan di Teluk intan pula seorang anak muda Melayu mewakili parti yang majoritinya ialah kaum cina.

Jika inilah caranya tindakan Umno, maka kita anggap bahawa parti Umno ini dipenuhi dengan samseng di seluruh bahagiannya. Bermakna jika ketua pemuda dan ahli biasa bertindak demikian, maka disitulah taraf pendidikan Umno dan daya saing Umno dan ahlinya berada. Umno akan mengulangi lagi kesilapan yang dilakukan kerana hanya senjata yang  mengaitkan perkauman sahaja akan menjadikan Umno itu terus hidup.Dan Melayu yang termakan umpan Umno dengan menganggap bahawa hanya Umno pembela Melayu , sebenanya tertipu sejak zaman berzaman.

Oleh: WRLR