LAWATAN KETUA CABANG TEMERLOH KE ATAS MANGSA BANJIR



Mentakab-2Feb .2011, Seramai 58 keluarga (kira-kira 250 orang) telah dipindahkan ke tempat pemindahan banjir di Sek Keb.Batu Kapur,Mentakab kerana menjadi mangsa banjir.
~
~mereka terdiri daripada penduduk kampung Batu Kapur,Sungai Buluh dan kg berhampiran.
banjir yang disebabkan limpahan air sungai Semantan berikutan hujan lebat berterusan.
~PKR Cabang Temerloh bersama Ketau Cabangnya ,Ahmad Nizam Hamid telah mengziarahi mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan disekolah tersebut dan telah menyampaikan sumbangan daripada Cabang Temerloh berupa barang makanan seperti telur,ikan masin,susu,sirap,mi,air mineral,kicap,ikan bilis,mi segera,minyak masak,bawang dll.(JKM berikan beras dan ikan sardin).juga membantu penduduk memindahkan barang2 mereka ke tempat selamat (AJK mengharungi air pindahkan barang dan kenderaan 4x4)

Menurut kenyataan ketua cabang Temerloh lagi, kerajaan perlu baiki dan sediakan sistem perparitan yang lebih baik serta mendalamkan sungai Semantan.Ini kerana kawasan kampung tersebut adalah 'flood-prone area'.Sekiranya hujan lebat berterusan walaupun di luar musim tengkujuh,kawasan kampung tersebut akan menghadapi banjir, paling kurang 2 kali setahun.

Menurut beliau lagi, ini bukan perkara baru,sejak bertahun-tahun inilah masalah yg dihadapi oleh penduduk kampung yang kesal kerana kerajaan Pahang telah gagal mengambil tindakan pro-aktif walaupun kawasan tersebut (DUN Lanchang) di wakili oleh seorang Exco kerajaan negeri pahang dan parlimen oleh timbalan menteri.

Tiada langsung langkah pro-aktif dan peruntukkan dikeluarkan bagi meyediakan prasarana sistem perparitan yang lebih baik,efisien bagi mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko banjir yang menjejaskan kehidupan penduduk.Beliau melahirkan penghargaan kepada JKM,Pertahanan Awam,JKKK diatas khidmat cemerlang dan cekap.