AKIBAT LANGGAR KONTRAK F5E..ATM DI SAMAN.GAMAKNYA SEBAB ENJIN F5E HILANG

Keputusan kes saman RM480 juta ditunda 7 Jun

20/04/2010 1:03pm

KUALA LUMPUR 20 April - Keputusan kes saman Langkawi R&D Academy Sdn. Bhd. (Lasdac) terhadap Menteri Pertahanan dan dua lagi bagi menuntut ganti rugi RM480 juta kerana didakwa melanggar kontrak berhubung kerja-kerja menaik taraf pesawat pejuang F5 akan diumumkan pada 11 Jun.

Keputusan kes tersebut yang sepatutnya diketahui 14 Mei ditunda ke tarikh tersebut atas permintaan Peguam Kanan Persekutuan, Noramilia Saad yang mahukan penambahan masa bagi beliau memfailkan hujahan bertulis yang sepatutnya diberikan pada 16 April lalu.

Pengerusi Lasdac, Brid. Gen (B) Datuk Amirul Ghani Abd. Ghani berkata, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh baru bagi membolehkan Noramilia memfailkan hujahan bertulis beliau pada 20 April ini.

“Pihak kami pula akan memfailkan hujahan bertulils pada 15 Mei dan seterusnya Noramilia akan memfailkan jawapannya pada 26 Mei,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan