TEMURAMAH BERSAMA YB SENATOR MUSTAFFA YUSOF


TEMURAMAH BERSAMA SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI PKR PULAU PINANG YB SENATOR MUSTAFFA KAMAL YUSUF.



1. Adakah benar Zahrian merajuk tak dapat kontrak kelab golf.?


YB Senator Mustaffa Kamal Yusuf:Saya mendengar berita ini dari ketua Menteri berhubung dengan Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan YB Guan Eng terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) Beliau (Guan Eng) pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.


2. Mengenai peruntukan Pulau Pinang berapa banyak yang diberi kepada Melayu oleh DAP berbanding BN.Bilakah kerajaan negeri akan sebarkan risalah penerangan mengenainya?
Kita akan adakan roadshow di seluruh kawasan di Pulau Pinang(ketika rencana ini di tulis Ketua Menteri dan juga TKM1 serta DSAI sendiri turun berceramah di seluruh tempat di Pulau Pinang)

3. Betulkah Lim Guan Eng mempengerusikan majlis tender dan beri kepada kroninya?

Saya kira perkara ini tidak berlaku.

4. Benarkah DAP robohkan kedai/warong Melayu tak berlesen yang sebelum ini dibenarkan oleh BN.

Kedai yang di katakana di robohkan belum di robohkan lagi,Masih berunding.Kedai ini dulu pun telah di arahkan dan di cadangkan oleh Dato Azalina Othman Said agar di robohkan.Kita mengamil pendekatan berunding kerana selain ianya menyalurkan ke dalam laut, ianya juga kotor dan tidak selamat.Gerai di atas pokok , dan kita cadangkan 2 buah rumah kedai di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri beri peluang berniaga seluasnya .Kita kerajaan rakyat,kita tidak buat .kalau ianya tidak timbulkan masaalah.

Kontrak / tender terbuka.Dulu bergantung kabel politik sekarang tidak.PDC 70% dan PBA 67% kontrak tor Melayu yang dapat dan bergantung kepada kebolehan masing-masing dan memartabatkan bangsa kita orang Melayu. Malah kali ini kita lihat ramie peniaga Melayu sebenar yang dating dengan punya kelulusan dan kepakaran yang dulunya kita tidak nampak.

Kita tidak dapat satu sen pun duit kerajaan pusat.Dengan penjjimatan oleh kerajaan negeri, kita dapat jimat wang rakyat.Pada tahun 2008- dari deficit RM-35juta kita jadikan lebihan RM88 juta . Pada tahun 2009 kita deficit RM – 40juta kita jadikan Tambahan 77 juta sepatutnya 92 juta kita bayar skandal tanah di zaman Bn sebanyak RM 15juta.

Sk Agama rakyat kita tambah program dan bantuan sebanyak RM 24,5juta . Di zaman Umno hanya RM12 juta diberikan .

Warga tua di beri RM100setahun sekurang-kurangnya .Macam kifalah di Kelantan. Ini semua kkta buat dan Umno tuidak buat ini dulu.


5. Ketika BN perintah Pulau Pinang , tanah Melayu hanya tinggal 5 % di Pulau. Mengapa Melayu bantah DAP yang tidak rampas tanah, maknanya propaganda dewan perniagaan PP dan GPMS berkesan. Apa strategi PR tangani racun yang ditabur itu?

Kita akan adakan siri ceramah dan penerangan.rakyat Pulau Pinang tahu menilai kita selama ini dan berharap penerangan ini akan dapat di laksanakan dengan lebih menyeluruh.Ini semua harus di terangkan di kawasan pengundi Melayu. Pengundi Cina tidak ada masalah kerana akhbar mereka lebih bebas.Kita kaum melayu hanya bergantung kepada akhbar dan juga berita Tv yang sudah tentu termakan dengan mainan politik pemerintah.Ini kita sedar dan kita akan tingkatkan lagi program di kalangan kawasan Melayu supaya mereka tahu apa yang kita lakukan dan akan lakukan untuk membantu orang Melayu.





DAPATKAN AHBAR KONSEP ERA PAKATAN MENGENAI KEMELUT KERAJAAN NEGERI DAN JAWAPANNYA.