KONDOM DAN JARUM BOLEH BAGI.TOPENG MUKA TAK DAK..........
Gejala "Selsema Babi" kini nampaknya semakin berbahaya dan serius. Berpuluh rakyat Malaysia yang mati akibat virus Influenza A H1N1, dan kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa. Persoalannya, kenapakah majoriti yang mati akibat gejala ini adalah terdiri dari kalangan orang Melayu?. Apakah kerana bangsa Melayu kurang penjagaan kesihatan, lantaran memudahkan kuman tersebut merebak dengan cepat. Lebih parah lagi,tersebut juga kini telah menyerang Tengku Puan Pahang serta anak-anaknya. Statistik terus meningkat, baik dari segi kematian mahu pun mereka yang dijangkiti penyakit tersebut. Apakah kerajaan sedar bahawa penyakit ini cukup berbahaya, malah begitu dasyat sekali. Soalnya, apakah langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini berkesan untuk menghalang kuman itu dari terus merebak?. Kenapa langkah yang diambil seolah-olah sambil lewat sahaja?. Sedangka rakyat yang tidak berdosa semakin ramai yang terus teraniaya. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hanya sekadar memaklumkan yang statistik terus meningkat semata-mata. Kenapakan tiada tindakan tegas dan drastik dilakukan, demi menyelematkan lebih banyak nyawa terkorban akibat gejala ini.