SAMBUTAN SETAHUN PEMERINTAHAN RAKYAT 8 MAC-RAKYAT MALAYSIA BUKAN SEPERTI DAHULU



Sewaktu berceramah di Bukit Selambau baru-baru ini bersama ketua umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim ,Ketua penerangan Pusat YB Tian Chua menjelaskan bahawa rakyat adalah tuan dalam negara dan sekarang rakyat telah tahu dan faham akan apa sahaja peristiwa yang berlaku kerana rakyat telah banyak berubah dan melihat disekeliling mereka peristiwa yang telah dan sedang berlaku .Media alternatif adalah pemangkin kepada keterbukaan minda rakyat.


Kini rakyat makin faham dan tahu bahawa pemerintahan antara rakyat dan juga pemerintahan antara Bn dan juga PR.Barang keperluan naik,malah kos elektrik,cukai,dan juga minyak.Bukit Selambau adalah masa yang sesuai untuk menilai semua ini.


Kita yakin kita bukan semuanya baik, namun kita janji,komitmen kita untuk membebaskan dan memerdekakan rakyat bagi menaikkan imej rakyat dan negera di mata dunia.




Bn mengunakan berbagai isu yang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat,

"saya ingin menjelaskan bahawa kita jelas telah menjunjung tinggi dan hak-hak yang terkandung dalam perlembagaan dan kedudukan Islam serta kita tidak pernah mencabar kedudukan keistimewaan yang telah sedia termaktub,yang kita pertikaikan ialah bagaimana BN memainkan peranan dan dengan memainkan isu perkauman,menggunakan media untuk kepentingan mereka,mengunakan instrumen kepolisian dan menuduh kita cuba mempersoalkan tindakan mereka,yang kita persoalkan ialah bagaimana samseng masuk ke parlimen dan tidak seorang pun di tangkap.Saya masih ingat bagaiamana saya sendri ditangkap hanya kerana menuntut agar diadakan pilihanraya yang adil,itu pun saya ditangkap. tapi kini tidak ada sebarang tangkapan pun kepada pemuda Umno,mereka , pemuda umno boleh membuat kacau bilau tanpa di tangkap.Tapi kalau kita nak buat laporan,nak serah memorendum, kita di tangkap .Ini yang menyebabkan rakyat membuka mata kerana ini adalah sikap double standard." demikian jelas Tian Chua.

Keadaan ini sebenarnya menyebelahi kita dan kita percaya rakyat semakin faham dan dengan ini walau pun Perak telah di rampas dan wujudnya kerajaan haram, rakyat telah tahu dan mereka sebenarnya telah tewas dengan kuasa rakyat.


No comments: