ISTANA tidak melarang himpunan anti-PPSMI


Rabu, 4 Mac 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 4 MAC (SK) - ISTANA Negara tidak melarang perhimpunan bantahan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diadakan sabtu ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dr Hassan Ahmad berkata, Istana memberikan respon positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar.

Menurut laporan MalaysiaKini, Dr Hassan telah dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.

Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Pada himpunan yang bakal diadakan Sabtu, selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum KeADILani Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dijadual hadir.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mohammad Sabtu Osman dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang GMP

No comments: