DR PUAD UMNO TAK LAYAN LA........DR SIAPA??????

MT diminta segera campur tangan isu PPSMI

KUALA LUMPUR 9 Mac - "Saya sudah empat kali membawa isu ini ke Perhimpunan Agung UMNO namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Justeru demonstrasi yang berlaku kebelakangan ini dapat dijadikan faktor untuk mempercepatkan penyelesaian isu ini secara serius meskipun kita tidak menyokong demonstrasi itu.''

Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mesti dihapuskan demi kepentingan generasi akan datang.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu sedar ia bukan lagi isu baru namun apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini, pucuk pimpinan parti seolah-olah tidak mengendahkannya.

Sehubungan itu, beliau yakin ramai perwakilan akan membawa isu ini pada Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi bagi memastikan tindakan serius diambil segera.

"Saya pasti isu ini akan menarik minat ramai perwakilan untuk membahaskannya selepas berlaku pelbagai demonstrasi dan kejadian yang menggugat keamanan negara," katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai demonstrasi membantah PPSMI baru-baru ini, Mohd. Puad berkata, pihaknya menolak unsur keganasan seperti demonstrasi bagi membantah isu itu.

"Jelas pembangkang sengaja menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang UMNO. Paling penting, kerjasama daripada pucuk pimpinan tertinggi untuk menyelesaikan isu ini dengan segera," ujarnya.

Mengulas isu yang sama, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Perak, Datuk Rosli Husin berkata, isu itu akan dibawa dengan lantang semasa Perhimpunan Agung UMNO kelak.

"Ia isu nasional dan seharusnya dibahaskan serta diambil keputusan segera. Kita juga tidak akan terpengaruh dengan cara pembangkang yang sengaja mahu masyarakat berpecah-belah dan mengumpan isu ini untuk memenangkan mereka," katanya.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak juga tidak menolak kemungkinan isu tersebut bakal dibahaskan pada perhimpunan itu nanti.

Bagaimanapun, katanya, isu itu tidak patut diperbesarkan hingga ke Perhimpunan Agung UMNO kerama ia hanya memberi kelebihan kepada pembangkang untuk mempertikaikan kewibawaan kerajaan sedia ada.


Dari pahang daily

Monday, March 9, 2009

Eksklusif: Pembangkang Dalangi Isu PPSMI, Maka Hishamuddin Buktikan Kebodohannya Dalam Isu Memperjuangkan Hak Kedaulatan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR - Entah kenapa agaknya kini dunia sudah terbalik di negara kita. Orang-orang yang pandai kini menjadi bangang dan bodoh sebaliknya orang-orang yang bodoh dan tidak berpelajaran tinggi kini menjadi pandai. Kerajaan cuba untuk memesongkan minda rakyat agar menerima segala apa yang mereka lakukan biarpun mereka sendiri tahu perbuatan itu adalah "bangang dan bodoh" namanya. Lihat sahaja dalam isu PPSMI yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sudah terang lagi bersuluh ia dilaksanakan akibat kebodohan pemimpin UMNO dan BN dalam memperjuangkan isu bahasa dan mendaulatkan bangsa. Namun, akibat kebodohan itu juga mereka masih mahu berdolak dalih dengan berbagai alasan yang tidak munasabah. Ketika mengulas isu tentang perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lalu, sekali lagi Menteri UMNO Hishamuddin Hussein Onn (foto) menjelaskan bahawa beliau akan mengkaji pembaharuan yang akan dilaksanakan untuk menangani masalah itu. Sedangkan beliau tahu yang majoriti rakyat sebenarnya "menolak" dasar penjajah yang dilaksanakan itu sebenarnya.

Malah, Hishamuddin turut mengatakan bahawa "ada dalang" disebalik perhimpunan tersebut. Sedangkan dia tahu bahawa ia dianjurkan oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI yang membentuk gabungan membantah PPSMI. Malah ia diketuai sendiri oleh Sasterawan Negara, A.Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Datuk Dr.Hassan Ahmad. Hishamuddin pasti mengatakan yang pembangkang mendalangi perhimpunan berkenaan. Sedangkan beliau sendiri tahu memang pemimpin pembangkanglah selama ini yang telah bertungkus lumus dan berusaha memperjuangkan isu ini. Maka itu sudah semestinya bila program ini diadakan, pemimpin terbabit akan berada di barisan hadapan. Kami dapat melihat kehadiran Ketua Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub, Exco PKR Pusat Chegu Bard serta lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat. Malah, turut kelihatan ialah Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang yang turut hadir berarak serta menyampaikan amanat selepas itu. Kehadiran mereka ini semua serbenarnya bukan mendalangi, tetapi mereka sama-sama berjuang atas matlamat yang sama iaitu untuk menghapuskan dasar tersebut. Maka itu tidak timbul isu dalang-dalang atau sebaliknya.

Sepatutnya, pemimpin UMNO juga perlu hadir bersama-sama rakyat dalam memperjuangkan isu ini. Tetapi, kemana mereka pergi? Di kala rakyat jelata dihujani dengan gas pemedih mata dan semburan air berasid "water canon" ketika itu. Mereka semua ini sebenarnya berbangga dan melaung-laungkan kononnya membela orang-orang Melayu. Tetapi pabila bahawa Melayu diperlekehkan mereka menyepi dan mendiamkan diri. Malah, Menteri Pelajaran, Hishamuddin itu sendiri bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika diwawancara oleh media. Sementara itu Gerakan Memansuhkan PPSMI menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka.Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita yang datang sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina," katanya hari ini.

No comments: