KINI MAHAHTHIR MENYATAKAN BELIAU RAGU DENGAN BUKTI RASUAH WANG




Mahathir Mohammad hari ini menyatakan bahawa beliau kini tidak mempunyai bukti kukuh dalam isu dakwaan yang dibuat beliau dimana menyakan bahawa terdapat sesetengah calon menggunakan wang untuk mendapatkan undi,malah menyatakan bahawa mereka tidak mahu memberikan nama mereka.

“ Kita nak kan yang bijak, namun mereka pengecut dan tidak mahu menonjolkan diri mereka.Saya perlu melihat semula akan perkara ini”, demikian jelas Mahathir apabila di tanya kepada beliau.

Mahathir juga menyakan bahawa beliau harus melihat akan perkara ini dengan serius.Beberapa bulan lepas beliau menyatakan bahawa pemberi rasuah dengan membeli undi harus dikenakan tindakan di bawah akta keselamatan dalam neger I..S.A.

Beliau juga menyakan bahawa rasuah dalam UMNO begitu serius dan jika tidak di bendung akan menjadikan UMNO akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang.

Bila ditanya beliau berhubung dengan satu badan bebas untuk menyiasat akan kes-kes rasuah, beliau menyatakan bahawa ianya tidak akan membawa UMNO kemana-mana .

“ Jika untuk mendapatkan maklumat pun susah , maka semua bukti tidak akan membawa UMNO kemana-mana.Untuk mendapat bukti pun sukar kerana mereka tidak berguna dan pengecut” demikian jelas Mahathir lagi.

Berhubung dengan maklumat bahawa sesetengah dari pimpinan memberi maklumat kepada pihak pembangkang , beliau menyatakan bahawa sebenarnya mereka marah kepada pemimpin mereka.

Sementara itu Saifuddin Nasution menyatakan di dalam Parlimen bahawa beliau mempunyai bukti bahawa rasuah wang di gunakan untuk membeli undi bagi pemilihan pucuk pimpinan UMNO di peringkat jawatan timbalan presiden dalam UMNO.

No comments: