ADAKAH KERAJAAN TAKUT PADA 16 SEPT?ANWAR MASIH TEGUH DENGAN TARIKH 16

Anwar Ibrahim masih lagi teguh dengan kenyataan beliau bahawa tarikh 16 sept adalah tarikh yang bakal menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.Beliau yang menyatakan bahawa pada masa tersebut beliau sudah boleh mengumpul lebih 30 Ahli Parlimen bagi menjatuhkan kerajaan walaupun pihak Kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mengumpulkan lebih 40 Ahli Parlimen untuk melakukan lawatan ke Australia atau Taiwan atas alasan melakukan lawatan sambil belajar terutamanya dalam bidang pertanian.

Datuk Seri Najib semalam telah meluluskan perjalanan tersebut bermula 7 hingga 17 september ini dan menurut Anwar dalam sidang akhbarnya di Jakarta hari ini bahawa beliau akan tetap mengumumkan nama-nama ahli Parlimen yang terbabit apabila tiba masanya nanti.

Sementara itu beliau juga menyatakan bahawa jika bukan 16 september mungkin 17 september setelah mereka kembali ke tanah air semula.

Beliau menyatakan juga bahawa Kerajaan Barisan Nasional takut kepada bayang-bayang sendiri dan ini menjadikan mereka makin bercelaru.

"Saya akan tetap menyatakan bahawa makin ramai yang akan berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan pagi ini saya menerima satu panggilan telefon dari seorang MP menyatakan bahawa jangan lupa masukkan nama beliau ke dalam senarai untuk melakukan perubahan dalam pemerintahan nanti"Beliau menyatakan demikian di satu sidang akhbar di Kota Jakarta hari ini.

No comments: