DS NAJIB PERTAHAN TINDAKAN KERAJAAN

Penahanan Anwar ikut prosedur - Najib

17/07/2008 3:59pm

KUALA LUMPUR 17 Julai – Penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan oleh polis mengikut prosedur dan protokol yang ditetapkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, polis tidak mengambil tindakan yang melangkau bidang kuasa diberikan, sebaliknya ia dilakukan secara telus bagi mengelakkan timbul syak wasangka.
Beliau berkata, di pihak Anwar pula, Penasihat PKR itu berhak mendapat layanan dan penghormatan yang sewajarnya selama berada dalam tahanan polis.
``Inilah yang berlaku. Polis tidak akan mengambil tindakan yang melangkaui kuasa yang telah diberikan kepada mereka oleh undang-undang. Segala tindakan yang diambil adakah mengikut prosedur dan protokol,’’ katanya di sini hari ini.
Anwar ditahan polis semalam untuk disiasat atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Beliau telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil. - Utusan

No comments: