SUSULAN KEBAKARAN AHAD LEPAS..YB HAMDAN SAMPAIKAN BANTUAN DARI PEJABAT DAERAH






PERMATANG PAUH 18 JUN-Susulan kebakaran yang dilaporkan Ahad lepas,hari ini YB Hamdan sekali lagi tampil memberi bantuan yang diterima dari Pejabat Darah Seberang Perai berhubung dengan bantuan segera.Bantuan di berikan kepada En Zaini Othman 47 tahun sebanyak RM500 manakala tuan punya rumah, iaitu ibunya mendapat sebanyak RM3000 kepada Aminah Bt Mat Isa 74.






Bantuan yang diterima ini dianggap sebagai bantuan dari pihak kerajaan Pakatan Rakyat dengan sokongan dari pejabat daerah.Baru-baru ini rumah En Zaini terbakar akibat litar pintas dan dengan itu pihak pejabat YB Hamdan memberi bantuan segera.Dengan bantuan ini diharapkan keluarga Encik zaini akan tabah meneruskan hidup.Turut hadir ialah Pengerusi JKKK kampung Permatang Tengah, Permatang Pauh.



No comments: