
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang pada 23 Oktober 2026. Foto Suara Keadilan
AMPANG, 23 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah ketika menggunakan aplikasi navigasi TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) bagi menggantikan Waze yang diharamkan penggunaannya ketika waktu pejabat bagi kakitangan awam.
Perdana Menteri berkata, keadaan itu berpunca akibat kelewatan syarikat pengendali aplikasi itu memperkemas operasi navigasi aplikasi berkenaan dan menambah baik penggunaan secara masa nyata.
“Saya dapat pengakuan daripada Lembaga Lebuhraya (LLM), menyatakan TuJu ada kekurangan kerana aplikasi ini tidak lengkap. Betullah TuJu tu ada kekurangan tetapi buat sementara waktu, saya tidak mengerti kalau hal ini jadi kontroversi.
“Kontroversinya kerana lembabnya alternatif. Saya setuju, tetapi keputusan kita bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara. Aneh kalau orang masih menekan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana, di sini dengan disertai kira-kira 800 jemaah sekitar.
Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Jerebu: Ujian dan Tanggungjawab Kita’ yang disampaikan Ustaz Muhammad Firdaus Sabri yang menekankan peranan umat Islam dalam menghadapi ujian dan dugaan semasa bencana serta larangan melakukan kerosakan di muka bumi Allah.


No comments:
Post a Comment