𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗕𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡 𝟭𝟵(𝟭) 𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟵(𝟮) 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡-𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗞𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗧𝗔𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗕) 𝗣.𝗨. (𝗔) 𝟯𝟵𝟱/𝟭𝟵𝟵𝟯
📌 Penggunaan media sosial secara meluas telah mengubah landskap komunikasi dan penyampaian maklumat di seluruh perkhidmatan awam.
📌 Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subperaturan 19(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain seperti berikut:
(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;
(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan;
(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan; atau
(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.
📌 Manakala subperaturan 19(2) pula memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:
(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan;
(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan penjalanan fungsi Kerajaan;
(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan; atau
(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain,
melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.
📌 Walau bagaimanapun, Jabatan ini mendapati masih terdapat kes-kes pelanggaran tatatertib melibatkan kesalahan atau pelanggaran terhadap subperaturan 19(1) dan 19(2) P.U. (A) 395/1993.
📌 Sehubungan itu, adalah dimohon semua pegawai awam memberi perhatian dan Ketua Jabatan menasihati serta memastikan pegawai Kementerian/Jabatan masing-masing agar berhemah dalam membuat apa-apa pernyataan, ulasan atau komen dan tidak sekali-kali menyebarkan maklumat palsu, berunsur hasutan, fitnah, provokasi, atau yang tidak dapat disahkan kebenarannya.
📌 Sekiranya pegawai didapati melakukan kesalahan tersebut, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja sebagaimana diperuntukkan di bawah P.U. (A) 395/1993.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#berkhidmatuntuknegara
#taatsetia
#agendareformasiperkhidmatanawam
#JPA
#SeiringSepakat
#HEMAT
#RealisasiReformasi
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia



No comments:
Post a Comment