ABBY ABADI TINGGALKAN KOMEN PEDAS.

 


Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian selepas meninggalkan komen pada satu hantaran Threads yang mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pelbagai kritikan susulan Sambutan Hari Kebangsaan.






Hantaran asal menyindir bagaimana isu terhadap PMX seolah-olah sentiasa berubah.


Mula-mula ada dakwaan rakyat mahu memboikot sambutan Merdeka, namun sambutan di Putrajaya berlangsung meriah dan dipenuhi orang ramai.


Apabila naratif boikot tidak menjadi, timbul pula isu Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya tidak dijemput dan tidak diberi layanan sewajarnya.


Abby kemudian tampil meninggalkan komen yang lebih pedas.


“Dah takde nanti.. baru tahu langit tinggi ke rendah.. sangat function pun masih tak nampak, terangkanlah apapun, tak jadi apa… mereka tetap dengan pendirian mereka. Tunggu penggantinya nanti,” tulisnya.


Komen itu menerima ratusan tanda suka dan dilihat sebagai sindiran kepada pihak yang dianggap terlalu cepat menafikan atau memperkecilkan apa sahaja yang dilakukan kerajaan hari ini.


Maksudnya mudah.


Sekarang apa pun PMX buat, ada yang tetap nampak salah.


Tapi Abby nampaknya bagi satu peringatan — jangan sampai bila orang itu dah tak ada di kerusi, baru sibuk nak bandingkan siapa sebenarnya lebih “function”.


Kadang-kadang manusia memang begitu.


Yang ada depan mata tak nampak nilainya, bila dah hilang baru mula mencari.


#unofficialinfo





No comments: