PAN PULAK BAGAIMANA ? BERSATU DAN PASA BERRANTAM ...Parti dalam kerajaan sudah saling menyerang, Pas kata bubar saja Parlimen.

 


Pas menggesa Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, situasi politik dalam Kerajaan Perpaduan kini dilihat bergolak apabila parti-parti dalam gabungan itu semakin terbuka menyerang antara satu sama lain.

Katanya, keadaan itu bukan lagi menjadi rahsia apabila pelbagai kenyataan dibuat secara terbuka yang menunjukkan wujudnya keretakan dalam kalangan parti gabungan berkenaan.

“Biasanya, perkara sebegini dalam parti tidak akan dibawa keluar tetapi kerana situasi sudah serius dan tidak boleh dikawal, masing-masing serang-menyerang sesama sendiri.

“Pandangan saya mudah saja… untuk kestabilan, bubar saja Parlimen. Beri mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan baharu.

“Keputusan baru-baru ini bukan rakyat memilih satu parti, tetapi ia hanya gabungan. Malah pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu, tiada satu parti pun yang mampu membentuk kerajaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ceramah sempena sambutan ulang tahun ke-75 Pas (Jubli Intan) malam tadi.





No comments: